Saksikan Aksi Bront Palarae Dalam Filem Pengabdi Setan Yang Akan Ditayangkan 23 November Ini

0
46
views

Selepas muncul dalam siri HBO Halfworlds, Headshot dan juga filem My Stupid Boss, kini nama aktor hebat Bront Palarae semakin mendapat tempat di industri hiburan dan perfileman Indonesia.

Yang terbaru, anda boleh saksikan lakonan aktor tersebut dalam filem bergenre seram Indonesia yang berjudul Pengabdi Setan arahan Joko Anwar pada 23 November ini.

Filem seram berkenaan telah mendapat sambutan hangat di pawagam Indonesia sejak ditayangkan pada 28 September malah ia juga telah mendapat banyak pencalonan dalam Festival Filem Indonesia 2017 (FF1).

Semasa ditemubual oleh wartawan Harian Metro, Bront atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin, 39, menzahirkan rasa syukur kerana bakatnya berjaya membuka mata penerbit filem negara seberang.

“Selepas siri Halfworlds, saya ditawarkan Joko beraksi dalam Pengabdi Setan. Saya juga menimba pengalaman menarik dalam siri Halfworlds yang membabitkan penggambaran selama dua bulan. Manakala, dalam filem Pengabdi Setan pula, penggambaran berlangsung selama 18 hari. Kali ini lebih mudah kerana saya sudah tahu cara bekerja Joko dan apa yang dimahukannya dalam filem ini,” – Bront Palarae

Selain Bront Palarae, Pengabdi Setan juga turut dibintangi beberapa pelakon Indonesia seperti Tara Basro, Dimas Aditya, Ayu Laksmi, Endy Arfian, Nasar Annuz dan Muhammad Adhiyat.

Mengulas wataknya sebagai bapa dalam filem, kata Bront, dia sudah berusaha memberikan yang terbaik seperti dikehendaki pengarah.

“Saya juga dapat menguasai dialog bahasa Indonesia dengan baik melalui bantuan pengarah dan kru produksi. Babak paling sukar ialah ketika penggambaran dalam perigi pada jam 2 pagi. Bayangkan saya kena berenang dalam air yang sejuk dengan suhu serendah 5 darjah Celsius,” katanya.

Selepas Pengabdi Setan, Bront turut berlakon dalam filem Ayat-Ayat Cinta 2 terbitan Manoj Production yang bakal ditayangkan di pawagam pada Disember depan.

Sumber: Harian Metro

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here