Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Ryan Reynolds Bintangi Filem Live Action Pokemon, Detective Pikachu


Ryan Reynolds Detective Pikachu
Sumber Gambar: gadgets.ndtv.com

Bintang filem Deadpool, Ryan Reynolds akan bersama-sama Justice Smith dan Kathryn Newton membintangi filem live-action Pokemon yang berjudul Detective Pikachu yang akan dihasilkan tidak lama lagi.

Menurut laporan The Hollywood Reporter, Ryan Reynolds akan membawakan watak Detective Pikachu dalam filem yang berasaskan permainan video dan animasi Pokemon itu. Selain itu juga, Rob Letterman akan bertindak selaku pengarah filem manakala lakonlayar filem itu akan ditulis oleh Nicole Perlman dan Alex Hirsch.

Pokemon mula diperkenalkan pada tahun 1996 dan menjadi salah satu label hiburan yang paling berjaya masakini. Bermula dari permainan video, dan kad TCG, Pokemon juga dikeluarkan dalam bentuk animasi dan telah keudara selama 19 musim.

Filem Detective Pikachu yang mengisahkan bapa watak pelakon Justice Smith telah diculik oleh penjahat, dan dia bersama-sama Pikachu akan bergabung untuk mencari bapanya.

Buat masa ini tiada maklumat lanjut mengenai pembikinan filem dan tarikh tayangan diumumkan.



Related posts

Hugh Jackman Akhirnya Menyarung Sut Ikonik Wolverine Dalam Gambar Pertama Deadpool 3

Kakimuvee

Suit Terbaru Deadpool Didedahkan Dalam Gambar Di Set Penggambaran

Kakimuvee

Penggambaran Deadpool 3 Telah Bermula

Kakimuvee

Leslie Uggams & Karan Soni Akan Kembali Bergabung Dengan Ryan Reynolds Dalam Filem Ketiga ‘Deadpool’

Kakimuvee

Ryan Reynolds ‘Akan Lakukan Apa Sahaja’ Untuk Lihat Taylor Swift Dalam “Deadpool 3”

Kakimuvee

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee