Ryan Reynolds Bakal Bintangi Filem Sains Fiksyen Berjudul Bermuda Triangle

0
36
views

Menurut laporan dari That Hashtag Show (via comicbookmovie.com), bintang filem Deadpool, Ryan Reynolds bakal membintangi sebuah filem penggembaran sains fiksyen berjudul Bermuda Triangle.

Laporan itu juga turut mendedahkan bahawa aktor tersebut akan membawakan watak utama bersama-sama pelakon wanita yang masih belum diumumkan lagi. Pelakon wanita tersebut bakal membawakan watak komander kapal selam.

Berikut adalah sinopsis yang didedahkan oleh laman web That Hashtag Show :-

“When a massive submarine carry nuclear weapons goes missing in the Bermuda Triangle, Commander Vogel enlists the help of Dr. Fisk (Likely Reynolds) a theoretical physicist, who while using his grandfather’s research opens a wormhole to reveal a mysterious island that is inhabited by anything lost in the triangle including Sharks, Vikings, and Nazis, in the hopes of finding the nuclear weapons.”

Filem Bermuda Triangle  diterbitkan studio Skydance Productions dan akan diarahkan pengarah filem Spider-Man, Sam Raimi. Penulis lakonlayar filem Power Rangers, John Gatniss turut dilaporkan akan menulis untuk filem ini, manakala Don Granger, David Ellison, dan Dan Goldberg akan bertindak selaku penerbit.

Bermuda Triangle dijangka akan memulakan penggambarannya pada September ini dan bakal selesai dalam bulan Oktober.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here