Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Rogue One Dedah Bagaimana Armada First Order Dapat Mengesan The Resistance


Amaran: Artikel ini mengandungi spoiler untuk filem Star Wars: The Last Jedi.

Dalam salah satu babak filem Star Wars: The Last Jedi, armarda The Resistance cuba melarikan diri dari pengkalan mereka di D’Qar. Mereka telah bergerak  ddengan kelajuan cahaya dengan harapan dapat melarikan diri dari armada First Order.

Namun kedudukan mereka berjaya dapat dikesan oleh Armada First Order walaupun mereka bergerak dengan kelajuan cahaya. Ini menunjukan armada First Order mempunyai teknologi untuk mengesan kapal-kapal musuh yang bergerak dengan kelajuan cahaya.

Tahukah anda, teknologi tersebut telah didedahkan dalam salah satu plot filem Rogue One: A Star Wars Story. Dalam babak tersebut, Jyn Erso dan Cassian Andor sedang mencari pelan Death Star di Scarif, pengkalan Empire. Jyn telah menyebut beberapa nama projek yang sedang dijalankan oleh pihak Empire, salah satunya adalah “hyperspace tracking”

https://twitter.com/kyleauxren/status/942516563730722817


Memandangkan First Order muncul dari saki baki Empire, tidak mustahil First Order telah menyiapkan projek tersebut dan berjaya digunakan untuk mengesan armada The Resistance yang bergerak dengan kelajuan cahaya.

https://twitter.com/pablohidalgo/status/942603059418374145

Jyn juga menyebut beberapa nama projek rahsia Empire antaranya “navigational systems”, Stellarsphere, Mark Omega, Pax Aurora, War-Mantle, Cluster Prism, dan Blacksaber.

Jadi Rogue One telah memberi hint tentang teknologi-teknologi yang bakal digunakan oleh First Order dalam memerangi pihak the Resistance. Satu telah ditunjukan dalam filem dan mungkin akan ada lagi ditunjukkan dalam filem akan datang ataupun dalam komik mahupun novel.

Oh yer? teringin nak tahu, apakah projek “Blacksaber” tu? adakah ia projek untuk menghasilkan pedang atau battlestation Darksaber?


Related posts

The Mandalorian Bakal Mendapat Filem Sulung

Kakimuvee

CEO Disney Bob Iger Mahu Kurangkan Kandungan Marvel & Star Wars

Kakimuvee

‘Star Wars: Ahsoka’ Akan Dilancarkan Di Disney+ Hotstar Pada 23 Ogos Ini

Kakimuvee

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Lancar Trailer & Poster Terbaru “Star Wars: The Mandalorian” Musim 3

Kakimuvee

Star Wars: The Acolyte Akan Menjadi Siri Pertama Yang Diterajui Sith

Kakimuvee