Rock Bro Review

0
4771
views

rock-bro-banner

Tarikh Tayangan: 27 Oktober 2016
Genre: Musikal Komedi
Pengarah: Mamat Khalid
Penulis Skrip:
Pelakon: Khir Rahman, Soffi Jikan, Pekin Ibrahim, Norazmi Bahron
Penampilan Istimewa: Dato’ Hattan, Man Kidal, Black Wings dan ramai lagi.
Syarikat Produksi: Grand Brilliance
Edaran: Primeworks Distribution

Sedih bila melihat Slash Haji Tapah dan Zack bergabung tenaga mengoreng gitar di penghujung filem. Simbolik kepada pengakhiran filem Trilogi Rock, Rock Bro dan berkuburnya terus kumpulan Rimba Bara.

Rock Bro telah pun ditayangkan pada 27 Oktober dan ia merupakan perjalanan terakhir kumpulan Rock Rimba Bara bermula dari filem Rock kemudian Rock Oo.

Jika sebelum ini filem Rock lebih menceritakan kisah Zack dalam filem Rock dan Amy Mat Piah dalam filem Rock Oo, kali ini Rock Bro mengisahkan perjalanan hidup Jijo dan Slash.

img_5469

Kisahnya bermula apabila Rimba Bara yang sedang mengalami zaman gawat menerima durian runtuh apabila ditawarkan kontrak rakaman album rock dari syarikat musik.

Tapi segalanya berubah apabila Jijo gagal mengikuti 3 pekara utama dalam kumpulan Rimba Bara iaitu “chinggey” apabila dia telah jatuh cinta kepada Ella yang mendorong kepada perpecahan kumpulan Rimba Bara.

img_5470

Banyak kejutan yang berlaku dalam filem Rock Bro ini, terutamanya pada penghujung filem. Antara kejutan-kejutan besar ialah transformasi Zul Kapan & kisah Jijo. Kami tak mahu dedahkan apa kejutannya supaya anda sendiri dapat melihat apa yang ingin ditunjukan oleh Mamat Khalid dalam filem ini.

img_5468

Secara jujurnya filem terakhir ini boleh membuatkan anda benar-benar sebak melihat kepada perpecahan kumpulan Rimba Bara dan yang lebih tragis semasa babak kematian Jijo akibat kemalangan.

Selain itu, babak komedi serius yang ditunjukan juga sangat mencuit hati. Babak Amy Mat Piah jadi mental kerana tidak dapat menjadi Vokalis Rimba Bara memang tak dapat dilupakan. Menyanyi di setiap pokok bak kata Jijo.

Cuma terdapat sedikit kekeliruan dalam filem ini apabila pengarah filem cuba mengaitkan beberapa babak filem Rock Bro dengan filem-filem terawal. Antaranya kisah kemalangan Jijo yang berlainan versi dalam filem ini dan filem Rock. Siapa yang mengikuti semua trilogi filem Rock pasti akan dapat melihat kekeliruan ini.

img_5471

Secara keseluruhan filem Rock Bro boleh dikata terbaik berbanding dua filem terdahulu. Mempunyai jalan cerita dan tujuan yang jelas serta impak filem kepada penonton.

Mamat Khalid berjaya membuatkan penonton merasai kehilangan kumpulan Rimba Bara walaupun sebenarnya kumpulan Rock tersebut adalah fiction semata-mata.

Untuk filem Rock Bro, kami di Kakimuvee.net berikan 5 bintang dan filem tempatan yang wajib ditonton. Jadi kepada peminat musik Rock dan filem-filem Mamat Khalid, jangan lupa tontoni filem ini. Layan filem sambil menyanyi dan menghentak kaki mengikut rentak musik rock.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here