[Video] Rock Bro Deleted Scene

0
798
views

rock-bro-deleted-scene

Rock Bro adalah filem terakhir dalam franchise filem Rock selepas filem pertama Rock dan diikuti Rock Oo. Filem terakhir Rock arahan Mamat Khalid ini boleh dikatakan agak berjaya dari segi kutipan tiket apabila berjaya mengaut RM4 juta sepanjang tayangannya dipawagam.

Baru-baru ini, kami ada terperasan satu profile di Youtube bernama Subky Musni telah memuatnaik beberapa scene-scene yang dipotong dari filem Rock Bro, bukan satu atau dua scene, tapi agak banyak jugalah. Menurut pengarah Mamat Khalid, dia ada mendedahkan bahawa filem arahannya yang berdurasi 119 minit dipawagam sebenarnya agak panjang dan boleh mencecah hampir 3 jam.

Jadi beberapa babak dalam filem tersebut telah dipotong dan menyebabkan filem berkenaan hanya berdurasi selama 119 minit sahaja dipawagam

So kepada yang hendak menonton deleted scene filem Rock Bro, anda boleh taip sahaja keyword Rock Bro Deleted Scene, dan carian youtube akan memaparkan hasil carian tersebut.

Diharapkan Mamat Khalid dapat mengeluarkan DVD Extended Version filem berkenaan dan himpunkan semua babak-babak yang dipotong menjadi filem panjang, seperti mana yang dilakukan oleh produksi-produksi Hollywood.

Jika Mamat Khalid dan pihak produksi filem mengeluarkan DVD berkenaan, pasti ramai peminat filem Rock akan membelinya dan menambah hasil filem berkenaan secara tidak langsung.

Jom tengok beberapa deleted scene yang boleh dikatakan agak menarik dan kelakar.

 

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here