Robert Downey Jr. Mengenakan Kostum Harimau

0
201
views

downey-jr

Bintang filem Iron Man dan Sherlock Holmes, Robert Downey Jr. sanggup mengenakan kostum harimau semata – mata mahu menceriakan seorang pesakit kanak-kanak, Daniel yang menderita penyakit cystic fibrosis.

Semua ini bermula apabila ibu kanak-kanak itu telah meninggalkan pesanan diruangan komen akaun sosial Instagram beliau yang mahu menceriakan anaknya yang sedang sakit. Downey Jr. telah merialisasikan permintaan ibu kanak-kanak tersebut apabila mengenakan kostum harimau dan menceriakan kanak-kanak itu.

Tidak terhenti disitu sahaja, Robert Downey Jr. turut mengajak kanak-kanak tersebut untuk menonton tayangan perdana filem terbarunya nanti, Captain America: Civil War tahun hadapan

Ini bukan pertama kali dia menceriakan kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Sebelum ini Downey Jr. telah mendermakan lengan bionik kepada seorang kanak-kanak lelaki yang tiada tangan kanan sejak lahir,

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here