Robert Downey Jr. & Krew Sherlock Holmes Dalam Proses Menghasilkan Filem Ketiga

0
213
views

Sherlock-Holmes-21

Buat peminat filem penyiasatn / misteri Sherlock Holmes, kini ada berita baik untuk anda. Sequel ketiga filem ini akan ditayangkan tidak lama lagi. Ini telah disahkan oleh penerbit filem Lionel Wigram bahawa siri ketiga filem Sherlock Holmes akan dihasilkan diterbitkan pada masa akan datang. Lionel yang sekarang ini sibuk mempromosikan filem terbaru iaitu The Man From U.N.C.L.E telah memberitahu kepada wartawan bahawa mereka dalam proses menyiapkan skrip.

“We’re working on a Sherlock Holmes 3 script” Wigram explained. “I think we would all love to do one if we could come up with something that really was really going to knock it out of the park and was going to be the best of the three. So we’re working on that – it’s quite hard to do.”

Selain itu juga, bintang utama filem ini, Aktor Robert Downey Jr. Dan Jude Law turut akan kembali membawakan watak Sherlock Holmes dan Dr. Watson. Menurut Lionel Wigram juga, Pengraha dua filem sebelum ini, Guy Ritchie juga akan turut kembali mengarahkan sequel ketiga filem siri penyiasatan ini.

Dalam filem Sherlock Holmes 2: A Game of Shadows, Sherlock Holmes telah terjatuh dari air terjun Reichenbach bersama-sama Profesor Moriarty dan dianggap mati. Walaubagaimana pun, semasa diakhir babak filem tersebut, didapati Sherlock masih hidup dan telah meninggalkan klu kepada rakannya, Dr Watson. Jadi, dalam siri ketiga nanti kita mungkin boleh mengentahui bagaimana Sherlock dapat menyelamatkan diri selepas terjatuh dari air terjun yang tinggi itu.

Buat masa ini, tarikh dijangka akan ditayangkan tidak diketahui lagi memandangkan mereka masih dalam proses pembikinan skrip. Kami akan bawakan berita – berita terbaru mengenai filem Sherlock Holmes 3 ini nanti.

Sumber: Cinemablend.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here