Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review A Wrinkle in Time


Selepas berjaya menghasilkan filem-filem fantasi adaptasi novel, Disney sekali lagi mempertaruhkan sebuah lagi filem fantasi yang diadaptasikan dari novel A Wrinkle in Time karya Madeleine L’Engle yang diterbitkan pada tahun 1962. Dengan menggunakan judul yang sama, filem arahan Ava DuVernay dan ditulis Jennifer Lee telahpun menemui penonton pada 8 Mac yang lalu dipawagam-pawagam di Malaysia.

Mengisahkan tiga kanak-kanak iaitu Meg Murry, adiknya Charles Wallace dan rakan Meg, Calvin O’Keefe bersama-sama 3 makhluk magik mengembara merentasi dimensi untuk cuba mencari bapa Meg yang telah lama hilang di angkasa dan menghalang kuasa gelap dari menguasai alam semesta. Pelbagai halangan dan cabaran yang perlu dilalui oleh kanak-kanak tersebut dalam cuba menyelamatkan ayahnya yang terperangkap dalam Camazotz, sebuah dunia yang penuh dengan kegelapan dan telah merebak kegelapannya keseluruh alam semesta.

A Wrinkle in Time juga dibintangi beberapa selebriti terkenal seperti Oprah Winfrey, Reese Witherspoon dan Mindy Kaling serta beberapa pelakon ternama iaitu Chris Pine, Zach Galifianakis dan Michael Pena.

A Wrinkle in Time bertemakan fantasi pengembaraan dan merentasi dimesi lain, bagi saya yang pengembaraan yang ditunjukan tidak begitu menarik sepertimana filem-filem fantasi pengembaraan yang lain seperti Alice in Wonderland, Oz the Great and Powerful, dan The Chronicle of Narnia. Bagaimanapun saya suka gabungan konsep sains fiksyen dan fantasi dalam filem ini tetapi saya benar-benar tidak puas dengan perjalanan cerita yang dihasilkan oleh Jennifer Lee. Jalan cerita terlampau ‘rushing’ dan mereka seolah-olah cuba ‘menyumbatkan’ segala apa yang tertulis didalam novel ke dalam filem ini. Pengembaraannya terlampau mudah dan seolah-olah tiada cabaran dan halangan yang begitu sukar untuk dihadapi ketiga-tiga kanak-kanak tersebut.

Kesan khasnya juga tidak begitu menarik perhatian walaupun tona dan warna filem ini sangat cerah dan berwarna-warni. Bayangkan anda melihat CGI filem-filem Marvel, CGI filem ini tidak jauh bezanya dengan filem superhero terbabit.


Selain itu juga, tiada apa yang hendak diceritakan tentang kualiti lakonan para pelakon dalam filem ini. Prestasi mereka biasa sahaja dan tidak memberikan faktor ‘wow’ kepada saya terutamanya kualiti pelakon utama kanak-kanak mereka, Storm Reid yang agak kaku. Cuma pujian diberikan kepada Deric McCabe yang berjaya membawa watak Charles Wallace walaupun baru berusia 9 tahun.

Bagaimanapun, filem ini memberikan satu mesej kesedaran yang sangat berguna kepada penonton terutama dalam memberi kesedaran tentang kepentingan kasih sayang sesama manusia terutamanya ahli keluarga. Kata-kata yang dituturkan oleh Oprah juga memberi inspirasi kepada penonton. Pendek kata, filem A Wrinkle in Time boleh dikatakan sebuah filem sangat positif untuk ditonton.

Secara keseluruhannya, A Wrinkle in Time sebuah filem yang memberikan inspirasi dan mesej berguna kepada penonton walaupun pengembaraannya tidak semenarik filem-filem fantasi penggembaraa yang lain. Saya percaya jika A Wrinkle in Time dapat memberikan satu adventure dan jalan cerita yang jitu, filem ini pasti akan memberikan satu kepuasan kepada penonton yang gemarkan filem-filem fantasi penggembaraan.

Rating Kakimuvee: 6/10


Related posts

Review Filem: The Exorcist: Believer (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Creator (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Malbatt Misi Bakara (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Concrete Utopia (2023)

Kakimuvee