Review Tomb Raider 2018

0
477
views

Filem adaptasi permainan video ibarat satu sumpahan yang amat sukar untuk dihapuskan. Setakat ini, tiada satupun filem adaptasi permainan video mendapat kritikan yang begitu positif dari pengkritik mahupun peminat dan mampu memberi pulangan lumayan kepada pihak studio. Jika dirujuk laman Rottentomatoes dan Box Office Mojo, filem Prince of Persia rating paling tinggi dengan 36% manakala Warcraft adalah filem adaptasi permainan video mendapat kutipan paling tinggi iaitu sebanyak $433 juta dolar.

Tahun ini, beberapa filem adaptasi permainan video akan ditayangkan dan salah satunya adalah filem arahan Roar Uthaug, iaitu Tomb Raider yang dibintangi oleh pemenang anugerah Oscar, Alicia Vikander selaku watak utama Lara Croft.

Tomb Raider 2018 merupakan filem reboot dari ‘trilogi yang tidak menjadi’, iaitu filem Lara Croft: Tomb Raider dan Lara Croft Tomb Raider: The Cradle of Life yang dibintangi oleh Angelina Jolie. Kedua-dua filem lakonan Jolie ini bukan sahaja gagal dari segi kritik malah kutipannya juga agak mengecewakan. Jadi filem ‘reboot’ ini telah menjadi perhatian para pengkritik sama ada ia mampu untuk mengatasi dua filem terdahulu ataupun sama terjerumus jatuh bersama-sama filem-filem adaptasi yang lain.

Pada tahun 2013, pembangun pemainan video, Crystal Dynamics telah mengambil keputusan untuk menghasilkan semula siri permainan video Tomb Raider daripada mencipta sekuel pemainan video berkenaan. Mereka lebih menumpukan ‘origin’ karakter Lara Croft sebagai seorang pengembara muda yang masih belum berpengalaman dalam dunia pengembaraan. Hasilnya pemainan video tersebut telah menjadi popular dan mendapat rating yang cukup tinggi dari laman-laman pemainan video.

Disebabkan popularitinya itu, Metro-Goldwyn-Mayer dan Warner Bros. Pictures telah menjadikan pemainan video ini menjadi sebuah filem Tomb Raider yang baru. Apa yang menariknya tentang filem ini, penulisnya Evan Daugherty dan Robertson-Dworet benar-benar mengambil plot permainan video menjadi sebuah filem. Saya boleh katakan, plot filem dan karakter Lara Croft hampir menyerupai siri permainan video. Satu kepuasan kepada ‘gamers’ yang mahukan sebuah filem adaptasi yang mirip seperti pemainan video. Penampilan Alicia Vikander sebagai Lara Croft boleh dikatakan hampir 100% sama seperti Lara Croft versi pemainan video. Malah Roar Uthaug juga tidak melupakan segala elemen aksi Lara Croft dalam permainan video untuk diserapkan kedalam filem. Saya pasti, bagi mereka yang pernah bermain permainan ini tersenyum puas melihat sebuah adaptasi menjadi sama seperti mereka harapkan.

Bagaimana bagi mereka yang tidak pernah permainan video Tomb Raider yang baru ini? pasti mereka akan membandingkan dengan filem lakonan Angelina Jolie dan mengatakan filem sebelum ini lebih menarik. Saya sarankan kepada penonton agar tidak meletakkan satu ‘expectation’ yang begitu tinggi dalam filem reboot pertama Tomb Raider ini kerana ianya lebih menumpukan asal usul Lara Croft. Jadi anda akan melihat karakter Lara Croft versi Alicia yang tidak begitu ‘badass’ seperti Lara Croft versi Jolie.

Tetapi, aksi-aksinya dalam filem ini masih mendebarkan, ditambah pula dengan skor dari Junkie XL memberikan satu eleman suspen dan debaran kepada penonton. Seriously saya sangat tertarik dengan skor musik dari komposer tersebut. Satu kelebihan yang ada dalam filem reboot Tomb Raider ini. Anda tak percaya? sila tonton di GSC D’box atau TGV IMAX untuk kepuasan maksimum dan kesedapan telinga anda.

Walaubagaimanapun, saya tidaklah mengata bahawa filem ini sempurna. Watak Daniel Wu saya melihat seperti disia-siakan sahaja dan sebagai umpan untuk filem ini sukses di China. Watak beliau boleh dikembangkan lagi, tetapi pengarah memilih untuk meletakkan wataknya statik dan membiarkan penonton melupakan watak tersebut. Mungkin karakter tidak ‘significant’ untuk dibawa ke filem seterusnya (jika ada).

Secara keseluruhannya, filem ‘reboot’ Tomb Raider telah memberikan satu contoh kepada pengkarya-pengkarya di Hollywood bagaimana untuk hasilkan sebuah filem adaptasi yang begitu hampir dengan pemainan video. Ia bukan sahaja menjadikan sebuah filem adaptasi seperti yang diharapkan oleh para ‘gamers’ malah penonton turut merasai kepuasannya tanpa mengubah dengan begitu ketara elemen permainan video dalam filem tersebut.

Tomb Raider

0.00
7.6

AKSI / ADAPTASI

8.0/10

MUZIK LATAR, SOUND EFFECTS

8.0/10

PLOT / CERITA ASAL

8.0/10

VISUAL / CINEMATOGRAFI

7.0/10

PEMBANGUNAN KARAKTER

7.0/10
Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here