Review Three Billboards Outside Ebbing, Missouri 2018.

0
542
views

Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 22 Feb 2018
Genre: Drama
Edaran: 20th Century Fox
Pelakon: Frances McDormand, Woody HarrelsonSam Rockwell, John Hawkes, Peter Dinklage
Pengarah: Martin McDonagh

(AMARAN SPOILER)

Sebuah filem yang mengisahkan tentang kehidupan seorang wanita yang merupakan seorang ibu tunggal kepada dua orang anak. Namun, kehidupan salah seorang anaknya tidak lama kerana meninggal dunia dalam satu tragedi yang amat menyayat hati dimana dia telah dirogol dan dibunuh di sebuah lokasi yang terletak berhampiran dengan tiga papan iklan (billboard) yang ada di kawasan kediaman mereka.

Peristiwa ini walau bagaimanapun tidak ditunjukkan secara langsung dalam paparan filem ini. Dan ini semestinya memberi satu pertanyaan kepada penonton. Peristiwa ini juga merupakan satu peristiwa yang cukup terkenal di pekan Ebbing itu sendiri.

Si ibu tadi kemudiannya telah mendapat idea untuk menyewa tiga papan iklan tersebut dan meletakkan perkataan – perkataan yang menimbulkan pertanyaan kepada mereka yang membacanya. Perkara ini kemudiannya telah menggegarkan pejabat polis Ebbing dan wanita ini tadi telah didatangi oleh beberapa orang polis meminta dia menurunkan kata – kata yang ada pada papan tanda tersebut.

Bermula daripada kejadian tersebut, pelbagai perkara telah berlaku dan ini juga meninggalkan kesan terhadap penduduk pekan tersebut lebih – lebih lagi pihak polis yang terlibat dengan penyiasatan kes kematian anak kepada wanita tersebut.

Filem Three Billboards Outside Ebbing Missouri ini digarap menggunakan teknik yang berlatar-masa-kan masa semasa. Dengan kadar penggunaan teknik imbas kembali yang minima, pihak produksi berjaya menimbulkan tanda tanya kepada penonton tentang perkara yang berlaku.

Pihak produksi juga berjaya memainkan emosi penonton dengan menggabungkan elemen sedih melalui mainan sinematografi yang baik ditambah dengan muzik latar yang cukup unik dan kena pada babak – babaknya yang ada.

Perjalanan ceritanya pula walau bagaimanapun boleh dikatakan agak “dry” kerana memfokuskan kepada peristiwa yang berlaku akan tetapi banyak mesej mengenai kehidupan dan perasaan yang berjaya disampaikan oleh pihak produksi kepada penonton.

Penutup filem ini telah dibuat oleh pihak produksi dengan meninggalkan bahagian terakhirnya kepada diri penonton itu sendiri untuk membuat tafsiran mereka sendiri.

Memandangkan filem ini merupakan International Screening, maka tiada sari kata disediakan sepanjang tayangnya dan filem ini juga hanya ditayangkan di pawagam GSC yang terpilih sahaja.

” Hate doesnt solve anything. “

Rating : 8/10

#Kakimuvee
#KakimuveeReview

Three Billboards Outside Ebbing, Missouri

0.00
8

DRAMA/JENAYAH

8.0/10

MUZIK LATAR, SOUND EFFECTS

7.0/10

PLOT / CERITA ASAL

9.0/10

VISUAL / CINEMATOGRAFI

8.0/10

PEMBANGUNAN KARAKTER

8.0/10
Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here