Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Review The Walking Dead Musim 7 Episod 2 “The Well”


the-walking-dead-ezekiel

Minggu lepas The Walking Dead memaparkan aksi yang cukup ganas dan kejam apabila dua watak utama The Walking Dead telah dibunuh oleh Negan, ketua kumpulan Savior sehingga menyebabkan penonton merasa cukup geram dengan karakter antagonis tersebut.

Namun episod 2 siri TV The Walking Dead menunjukan situasi yang berbeza berbanding episod pertama. Episod terbaru ini menunjukkan Morgan dan Carol telah diselamatkan oleh sekumpulan individu dan dibawa ke sebuah komuniti yang dikenali sebagai The Kingdom.

the-walking-dead-carol

The Kingdom diketuai oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai King Ezekiel, seorang yang sangat dihormati oleh ahli kumpulannya. Morgan dan Carol teruja dengan suasana yang mereka lihat dalam komuniti tersebut, namun disebalik suasana aman dan tenang dalam kumpulan tersebut, ada rahsia yang disimpan oleh Ezekiel dan anggota kanannya.

Selain Rick, komuniti The Kingdom juga telah diugut dan dikongkong oleh kumpulan Savior apabila dikenakan ufti oleh kumpulan tersebut. Pekara ini diketahui oleh Morgan apabila dia dibawa oleh Ezekiel berjumpa dengan kumpulan Savior untuk memberi barang-barang keperluan kepada mereka.

Sementara itu, Carol seperti biasa, enggan tinggal dimana-mana komuniti dan merancang untuk melarikan diri sekali lagi. Namun tindakannya dihidu oleh Ezekiel. Faham dengan situasi yang dihadapi oleh Carol, Ezekiel hanya membiarkan Carol untuk pergi dan tidak terus tinggal bersama mereka.


morgan-jones-and-carol-peletier-the-walking-dead-702-amc-850x544

Ezekiel sempat menyoalsiasat Carol mengenai kumpulan Savior apabila ketua The Kingdom itu melihat barang yang dimiliki oleh Carol adalah milik ahli kumpulan Savior dan dia mendapat tahu yang Carol dan Morgan pernah bertempur dengan kumpulan tersebut.

Dalam babak akhir episod ini, Morgan menghantar Carol ke sebuah rumah diluar komuniti The Kingdom dan kemudian Ezekiel bersama harimaunya telah melawat Carol dirumah tersebut.

Episod “The Well” ini lebih kepada pengenalan ahli kumpulan The Kingdom dan juga Ezekiel. Kita dapat lihat Ezekiel juga mempunyai konflik dengan kumpulan The Savior dan cara Ezekiel yang berminat untuk mengentahui ahli kumpulan Carol dan Morgan.

Ezekiel adalah ketua yang bijak dan penuh dengan perancangan rapi, adakah Ezekiel akan cuba untuk mendekati kumpulan Rick dan bergabung untuk menentang Negan dan kumpulan Savior?

Episod seterusnya, “The Cell”


Related posts

[TRAILER] Black Mirror Kembali Dengan Musim 6, Netflix Dedah Tarikh Tayangan

Kakimuvee

“Pretty Little Liars: Original Sin” Akan Membuat Debut Di HBO GO Pada 28 Julai Ini

Kakimuvee

[VIDEO] Ms. Marvel Berhadapan Dengan Musuh Misteri Dalam TV Spot Terbaru

Kakimuvee

Tonton 8 Minit Pertama Episod 1 “Stranger Things 4”

Kakimuvee

Trailer Resident Evil: Kejahatan Telah Berkembang Dalam Siri Seram Terbaru Netflix

Kakimuvee

Marvel Studios Kongsi Gambar Terbaru & Video Dari Episod Finale “Moon Knight”

Kakimuvee