Review The Strangers : Prey At Night

0
145
views

(AMARAN SPOILER)

Mengisahkan peristiwa yang berlaku kepada keluarga yang singgah di sebuah kawasan penginapan kontena kerana dalam perjalanan untuk menghantar anak mereka ke sebuah tempat pengajian. Mereka bermalam di situ kerana mengetahui bahawa tempat itu adalah di bawah kelolaan kenalan mereka.

Konflik bermula apabila dua daripada anak mereka telah terjumpa mayat pengurus tempat tersebut yang telah dibunuh dengan cara yang cukup kejam di dalam sebuah tempat penginapan yang terletak tidak jauh daripada kontena mereka. Mereka kemudiannya pergi mendapatkan kedua ibubapa mereka dan memberitahu mereka akan hal tersebut.

Anak perempuan dan ibunya kemudian tinggal di kontena mereka sementara si bapa dan anak lelaki mereka pergi menyiasat perkara sebenar yang telah berlaku di kontena pengurus itu tadi. Setelah memerhati keadaan sekeliling kontena tersebut, mereka telah mendapati ada benda yang tidak kena telah berlaku kepada dua pengurus tersebut. Sementara mereka berusaha untuk menghubungi pihak berkuasa, mereka telah diserang oleh salah seorang daripada pembunuh yang berkeliaran di sekitar itu dan berjaya meloloskan diri.

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh mereka dalam usaha untuk menyelamatkan diri mereka daripada dibunuh oleh 3 orang psikopat itu sehingga menyebabkan kecederaan kepada mereka sendiri. Dalam berjaya menyelamatkan diri, mereka juga hairan kenapa tiga orang psikopat itu melakukan perkara sebegitu rupa.

Filem ini merupakan sebuah filem yang bergenre psikothriller dan seram serta memaparkan aksi dan babak yang agak ganas serta banyak berlaku pendarahan. Walaupun mungkin tidak sedasyat filem “gore” lain yang sememangnya telah terkenal dengan siri francais mereka, filem The Strangers 2 pada kali ini menampilkan kelainan mereka sendiri dengan memainkan teknik kamera dan background music yang agak baik.

Selain itu juga, perjalanan cerita yang dibuat secara langsung tanpa sebarang teknik yang memeningkan juga menambahkan minat untuk menonton kepada penonton yang ada. Dan pengakhirannya juga amat memberi kepuasan kepada penonton.

Rating 7.5/10

The Strangers : Prey At Night

7.5

SERAM/THRILLER

7.0/10

MUZIK LATAR, SOUND EFFECTS

8.0/10

PLOT / CERITA ASAL

7.5/10

VISUAL / CINEMATOGRAFI

8.0/10

PEMBANGUNAN KARAKTER

7.0/10
Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here