Review Surf This Love: Gelora Juara

0
852
views

Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 22 Februari 2018
Genre: Komedi / Romantik
Durasi: 1 Jam 43 Minit
Pelakon: Shukri Yahaya, Cristina Suzanne, Pekin Ibrahim, Josiah Hogan, Ardell Aryana
Pengarah: Waan Hafiz

Surf This Love: Gelora Juara adalah filem Malaysia berbahasa Melayu rojak yang dibikin bagi mengangkat sukan luncur ombak di negara ini. Filem yang bergenrekan komedi romantik ini adalah mengenai kisah anak muda si Billy, yang mengejar impian ingin menjadi peluncur ombak terbaik dunia mengikut jejak langkah abangnya yang merupakan lagenda dalam sukan ini dalam masa yang sama cuba mengejar cinta hati di daratan.

Sebenarnya, filem arahan Waan Hafiz ini agak santai dari segi penceritaan. Plotnya sangat ringkas dan penonton boleh melayan filem ini tanpa memerah otak. Filem ini memang dibuat untuk remaja berdasarkan dialog dan penggunaan bahasa rojak sepanjang filem ini. Namun bagi saya info berkenaan sukan luncur ombak adalah terlalu sedikit, tidak seperti yang digembar gemburkan melalui poster dan tajuk itu sendiri. Kebanyakan babak filemnya adalah tentang Billy yang cuba belajar dan mencari guru bagi mempelajari teknik dan skill luncur air. Selain itu bahagian romantik saya tidak jumpa.

Lakonan Shukri Yahya, Pekin Ibrahim dan Syuhaida Abraz boleh dipuji. Interaksi antara mereka juga nampak natural dan menampakkan hubungan erat sebagai kawan dan keluarga. Walaupun kadang kadang seperti ‘over reacted’. Terdapat rasa janggal ketika interaksi Suzanne dan Josiah Hogan walaupun sepatutnya mereka adalah kekasih yang akan berkahwin. Punchline komedi dalam filem ini banyak yang ‘sampai’ sehingga berjaya membuatkan penonton tertawa.

Sinematografi filem ini bagi saya menarik dan memuaskan, namun kecantikan Pulau Tioman yang ditonjolkan dalam filem ini kurang menyerlah. Hanya yang menunjukan babak ‘sunrise’ dan ‘sunset’ bagi halwa mata penonton. Skor serta musik latar saya tiada masalah selagi tidak mengganggu memahami percakapan watak-watak.

Keseluruhannya filem ini adalah memuaskan.

Rating 7/10

Surf This Love: Gelora Juara

0.00
Surf This Love: Gelora Juara
7

ROMANTIK/DRAMA

7.0 /10

MUZIK LATAR, SOUND EFFECTS

8.0 /10

PLOT / CERITA ASAL

6.5 /10

VISUAL / CINEMATOGRAFI

7.5 /10

PEMBANGUNAN KARAKTER

6.0 /10
Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here