Review Red Sparrow

0
346
views

Red Sparrow merupakan sebuah filem misteri thriller yang diluar jangkaan anda apabila menontonnya nanti. Jika anda jangkakan akan ada aksi dan babak ‘espionage’ seperti filem-filem pengintipan yang lain seperti James Bond, The Man From U.N.C.L.E ataupun Atomic Blonde, anda terpaksa buang jangkaan itu apabila menonton filem lakonan Jennifer Lawrence ini.

Bagi saya yang baru menonton ditayangan perdana untuk media baru-baru ini, Red Sparrow sebuah filem pengintipan yang cukup perlahan, disturbing dan mendebarkan.

Jennifer Lawrence yang terkenal dengan wajah ‘innocent’nya itu membawakan watak Dominika Egorova, seorang penari balet yang menghadapi masa depan yang tidak menentu selepas tercedera ketika persembahan balet. Melihat pada kecantikkan yang ada pada gadis tersebut, pakciknya, Egorov (lakonan Matthias Schoenaerts) yang juga merupakan pegawai kanan agensi perisikan Rusia telah menawarkan satu pekerjaan yang amat berat tetapi terpaksa diterima oleh Dominika akibat desakan hidup. Iaitu menjadi ejen perisikan yang menggunakan kejelitaan dan tubuh badannya sebagai senjata untuk memperdaya dan memanipulasi musuhnya.

Selepas selesai menjalani latihan yang cukup sadis, Egorova diberi tugasan untuk memperdaya dan memanipulasi seorang ejen CIA bagi memburu pembelot negara.

Perjalanan filem ini dari mula sehingga penghujung memang cukup perlahan, tetapi penonton memerlukan kosentrasi yang cukup tinggi untuk cuba memahami permainan dan helah yang cuba dilakukan oleh Dominika dalam menjalankan tugasnya. Filem ini bukan sahaja memaparkan aksi erotik (yang telah dipotong oleh Lembaga penapisan Filem) malah turut memaparkan aksi keganasan serta seksaan yang begitu sadis terutamanya semasa Dominika disoal oleh majikannya. Masih terbayang hentakan cota berlapikkan kain.

Bagi saya, Red Sparrow bukanlah lakonan terbaik Jennifer Lawrence. Kualiti lakonannya tidak seperti lakonannnya dalam franchise The Hunger Games. Lakonannya mendatar dan tidak begitu menarik perhatian, sangat berbeza dengan filem-filem lakonannya sebelum ini. Lakonan Joel Edgerton juga kurang memberi impak dan menyakinkan, begitu juga pelakon-pelakon lain seperti Jeremy Irons dan Matthias Schoenaerts dimana prestasi lakonan mereka boleh dianggap biasa-biasa sahaja.

Bagaimanapun, saya suka dengan sinematografinya yang cantik dan kemas. Tona warnanya juga bersesuaian dengan mood filem yang lebih menjuruskan kepada misteri dan thriller.

Secara keseluruhannya, Red Sparrow tidak mampu menandingi filem-filem bertemakan pengintipan yang lain, tetapi jika anda ingin melihat sedikit kelainan, anda boleh mencuba menonton filem arahan Francis Lawrence ini, lebih menarik jika anda dapat menonton filem Red Sparrow versi tanpa dipotong.

Rating Kakimuvee: 6/10

Red Sparrow

Red Sparrow
5.8

DRAMA/THRILLER

7.0 /10

MUZIK LATAR, SOUND EFFECTS

5.0 /10

PLOT / CERITA ASAL

5.0 /10

VISUAL / CINEMATOGRAFI

7.0 /10

PEMBANGUNAN KARAKTER

5.0 /10
Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here