Review Midnight Sun

0
205
views


(AMARAN SPOILER)

Mengisahkan kehidupan seorang remaja wanita yang mengidap sejenis penyakit yang sangat jarang berlaku iaitu Xeroderma pigmentosum (XP) yang merupakan sejenis penyakit kulit yang sensitif terhadap cahaya matahari dimana pengidapnya perlu mengelakkan 100% cahaya matahari daripada terkena kepada kulitnya bagi mengelakkan keadaan yang lebih serius.

Kehidupannya tidak sepertimana kehidupan remaja yang lain kerana beliau terpaksa berkurung di rumahnya sendiri sepanjang masa.

Pada suatu malam, beliau telah bertemu dengan seorang lelaki yang selama ini hanya diperhatikan daripada tingkap rumahnya. Pada malam pertama pertemuannya itu, Katie agak terkejut sehingga terlupa untuk membawa pulang bukunya yang diletakkan ditepi tempat duduk nya itu dan ini memberi peluang kepada lelaki tadi untuk mendekatinya.

Dengan bantuan kawan baik Katie, lelaki tadi akhirnya berjaya mendekati Katie dan mengajaknya untuk keluar bersama sama. Katie walau bagaimanapun merahsiakan akan keadaan kesihatan dirinya sendiri kepada lelaki tersebut sehinggalah pada suatu hari mereka telah keluar bersama sehingga Katie terdedah kepada cahaya matahari. Kejadian pada hari tersebut telah mengubah hidup Katie dan akhirnya memberi kesan kepada kesihatan beliau.

Dalam meniti sisa kehidupannya yang dapat dijangka akan pengakhirannya itu, mereka yang berada di sekeliling Katie telah berusaha sedaya upaya untuk membahagiakannya sehingga saat terhembusnya nafas terakhirnya. Walaupun pemergian Katie merupakan satu detik hitam dalam hidup orang di sekelilingnya, namun mereka semua menerimanya dengan baik dan pasrah.

Sebuah lagi karya bercorak cinta dan drama daripada produksi Hollywood kali ini telah menemui penonton di Malaysia pada minggu terakhir March 2018. Sebuah filem yang digarap dengan perlahan lahan dan memasukkan sedikit elemen pendidikan mengenai penyakit yang jarang diketahui dan satu pujian kepada pihak produksi kerana berjaya memberikan fakta yang tepat berkenaan penyakit yang dihidapi.

Selain itu, penceritaan yang dilayarkan dalam filem ini cukup bersahaja dan ringan namun mampu menggoncang jiwa setiap yang menontonnya. Pelbagai corak kasih sayang berjaya dipamerkan bermula kasih seorang ibu kepada anak… Kasih seorang bapa kepada anak… Kasih antara sahabat dan malu antara pasangan kekasih. Semuanya berjaya dipamerkan dengan secukup rasa oleh pihak produksi.

Filem ini berkemungkinan tidak mampu menggugurkan airmata mereka yang menonton sebanyak yang mungkin akan tetapi ia mampu meninggalkan kesan pada jiwa penonton walaupun setelah mereka melangkah keluar dari dewan panggung wayang dan mungkin akan terus terbawa bawa sehingga ke katil tidur anda.

Rating 7.5/10

Midnight Sun

7.5

ROMANTIK/DRAMA

7.0/10

MUZIK LATAR, SOUND EFFECTS

9.0/10

PLOT / CERITA ASAL

6.5/10

VISUAL / CINEMATOGRAFI

8.0/10

PEMBANGUNAN KARAKTER

7.0/10
Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here