Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review The Hitman’s Bodyguard


Maaf agak lambat mengeluarkan filem lakonan Samuel L. Jackson dan Ryan Reynold ini. Agak sibuk pada bulan Ogos sehingga tidak berkesempatan mengeluarkan beberapa review filem pada bulan tersebut. Tidak mengapa saya mulakan dengan filem yang dibintangi oleh “Nick Fury” dan Merc with a mouth, Deadpool.

Filem aksi komedi yang diarahkan oleh Patrick Hughes ini sebenarnya bolehlah dianggap antara filem yang padat dengan aksi-aksi yang cukup intense dan dialog-dialog yang cukup kelakar dari kedua-dua A-list aktor tersebut. Tetapi filem ini kurang dari segi “value” dan bagi saya ianya sebuah filem yang hanya ditonton dikala bosan atau tiada filem menarik untuk ditonton.

Mengisahkan Bryce (Lakonan Ryan Reynolds), bekas Bodyguard Tripel-A yang terpaksa menjaga seorang pembunuh upahan, Kincaid (lakonan Samuel. L. Jackson) dan membawanya ke mahkamah antarabangsa yang terletak di The Hague, Belanda. Sepanjang perjalanan mereka dari England ke Belanda, mereka telah diburu oleh sekumpulan tentera upahan yang ditugaskan untuk menghalang Kincaid dari tiba ke mahkamah tersebut dari masa yang ditetapkan. Sepanjang 24 jam yang cukup mendebarkan itu, Bryce dan Kincaid bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan penjahat, mereka juga terpaksa menyelesaikan perbalahan mereka yang berlaku diantara mereka berdua.

Tidak dinafikan “chemistry” antara kedua-dua pelakon tersebut begitu menjadi dan tutur kata serta konflik antara Bryce dan Kincaid begitu menggelikan hati. Sepanjang filem kita akan dengari ayat “f-word” yang diucapkan oleh Kincaid. Saya suka dengan karakter yang dibawakan oleh Samuel L. Jackson itu. Beliau mengingatkan saya dengan gaya lakonannya dalam filem aksinya bersama Bruce Willis, iaitu Die Hard, seorang yang banyak cakap, suka mengeluh dan kuat mencarut.

Ryan Reynolds yang membawakan watak Bryce juga tidak mengecewakan, dari seorang yang berjaya dalam dunia “bodyguard” sehinggalah beliau jatuh terduduk disebabkan kegagalannya dalam salah satu misinya. Yang kelakarnya, apabila kedua-dua pelakon yang terkenal dengan mulut becok ini bergabung, filem ini akan penuh dengan kata-kata makian dan lawak sehingga membuatkan penonton ketawa.


Aksinya juga cukup mendebarkan terutama semasa aksi kejar mengejar di Bandar Amsterdam, cukup intense dan menarik. Ia berjaya membuatkan penonton seperti saya tidak mengelipkan mata melihat babak-babak aksi dalam filem tersebut. Cumanya, aksinya dilihat seperti dalam filem-filem franchise Die Hard dan The Expendable, heronya “untouchable” dan sukar untuk berdarah tetapi musuh senang mati ditangan hero.

Dari segi plot pula agak straightforward, hero lari dari musuh dan tewaskan mereka sebanyak mungkin dan sampai ke objektif mereka. Banyak plot-plot dalam filem ini menceritakan masalah dan perhubungan antara lelaki dan perempuan (yang mungkin memberi tips perhubungan cinta kepada anda) seolah-olah kita dapat letakkan lagi satu genre untuk filem ini menjadi filem aksi komedi romantik. Mujur watak wanita tidak ditekankan sangat dalam filem The Hitman’s Bodyguard ini.

Secara keseluruhannya, The Hitman’s Bodyguard boleh dianggap sebuah filem buddy aksi komedi yang menarik. Tetapi plot yang bosan (sebenarnya) hampir membunuh filem ini, mujur kualiti lakonan kedua-dua aktor utama filem ini serta aksinya berjaya menyelamatkan filem ini tersungkur.

Rating Kakimuvee: 7/10

 


Related posts

Review Filem: The Exorcist: Believer (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Creator (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Malbatt Misi Bakara (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Concrete Utopia (2023)

Kakimuvee