Review Filem XX Ray 3

2
139
views

 

Helmet yang dapat melihat menembusi dinding dan mengembara ke masa lampau menjadi bualan dikalangan peminat filem yang masih membincangkan kehebatan filem sains fiksyen tempatan iaitu XX-Ray dan XX-Ray 2. Jika trilogi Back To The Future menjadi budaya popular dikalangan peminat filem di Amerika Syarikat, XX-Ray menjadi filem sains fiksyen tempatan yang dibangga oleh orang-orang kita.

Bagi mengimbau kembali kenangan dan kehebatan filem tersebut, pengarahnya, Aziz M. Osman telah melengkap trilogi XX-Ray apabila menghasilkan filem XX-Ray 3 yang telah memulakan tayangannya 24 Januari.

Seperti dua filem awal, XX-Ray 3 masih mengekalkan konsep sains fiksyen penggembaraan, cuma kali ini watak utamanya iaitu Amir Hamzah (Aziz M. Osman) diganti dengan Rayyan lakonan Izzue Islam. Filem ini juga turut dibintangi beberapa pelakon Nonny Nadirah, Dazrin Kamarudin, Jalaluddin Hassan dan Saiful Apek

Sebagai pendapat, visi menyelamatkan dunia dari kiamat dari kaca mata sains fiksyen sebenarnya agak sukar sebenarnya. Skopnya terlampau besar, terlampau berat dan memberi beban kepada pengarahnya untuk menghasilkan jalan cerita yang segar dan berkualiti. Malah ia juga memerlukan modal yang besar bagi menghasilkan filem yang mengambarkan suasana dunia hampir dimusnahkan.

Ini yang terjadi pada filem ini yang berkisarkan tentang tiga sekawan yang cuba menjadi hero kepada dunia dalam usaha mereka menyelamatkan dunia dari kiamat. Skop yang luas ini sebenarnya merosakkan keseluruhan cerita XX-Ray. Sudah pasti, kesan khasnya akan memberi beban, jadi untuk menghasilkan sebuah jalan cerita yang releven  dengan filem sains fiksyen bertemakan menyelamatkan dunia, ia juga memerlukan skrip yang kuat serta kocek yang penuh. Tetapi apa yang terjadi pada filem ini? jalan cerita yang agak cringe yang penuh dengan lubang-lubang yang tak berturap serta menjadi jenaka kepada penonton yang melihat kesan khasnya.

Secara jujurnya, XX-Ray dan XX-Ray 2 lebih ‘sains fiksyen’ berbanding filem ini. Saya hanya filem XX-Ray 3 sebagai ‘spoof movie’ berdasarkan jalan ceritanya, karakter dan kesan khasnya.

Saya sebenarnya sangat hairan dengan produksi filem ini yang sanggup membazirkan wang menjalani penggambaran di luar negara tetapi kedekut untuk menghasilkan kesan khas yang cantik. Ini menjadi sebab penonton kurang tertarik untuk menonton filem ini walaupun mereka sangat mengagumi XX-Ray 1 & 2 hanya disebabkan kesan visual dihasilkan seperti menggunakan Windows Movie Maker.

Pembaziran ini juga membuatkan filem ini kekurangan dari segi reka bentuk produksi dan pelakon tambahan. Seperti yang saya katakan diatas, sebagai sebuah filem bertemakan menyelamatkan dunia, suasana panik yang dibantu dengan pelakon-pelakon tambahan serta peralatan yang lebih canggih dan kena dengan genre sains fiksyen dapat ditunjukkan dengan lebih jelas dan dramatik. Tetapi disebabkan ‘kekurangan’ bajet katanya, penonton sekadar dapat melihat peralatan sains fiksyen yang menggunakan helmet serta driller digabungkan dengan antena televisyen yang mengesan UFO.

Selain itu juga, XX-Ray 3 gagal mengembangkan karakter-karakternWatak Lana lakonan Nonny Nadirah bagi saya agak poyo dan tidak menonjolkan ciri-ciri sebagai heroin dan ‘love interest’ kepada Rayyan. Dazrin Kamarudin juga gagal memainkan karkater antagonis iaitu Rosman dengan baik sekali, karakternya sangat lembik dan langsung tidak membantu dari segi penceritaan filem ini. Mujur karakter-karakter comic relief seperti Sam (Adam John) dan Hang Tuah (Jalaluddin Hassan) sedikit sebanyak memberi kecerian kepada penonton.

XX-Ray 3 sepatutnya menjadi filem yang dapat mengimbau nostalgia peminat-peminatnya. Ianya ini telah menjadi budaya popular dikalangan peminat filem tempatan. Tetapi keinginan pengarahnya menghasilkan filem yang terlampau ‘ambitious’, telah merosakkan kenangan penonton yang menganggap francais XX-Ray antara francais terbaik tempatan. Diharapkan Aziz M. Osman  meneruskan karyanya dan menghasilkan filem keempat XX-Ray yang lebih mudah tetapi menjadi bualan dikalangan peminat.

Rating Kakimuvee: 4/10

Loading...

2 COMMENTS

  1. Suatu analisa yg spot on, saudara Zulfadzli. Jika dibenarkan saya ingin menambah satu lagi komen kritikal dan yang boleh membina: Saya merasakan pemilihan skrip atau dialog terutama yg di gunapakai oleh protoganis dan antoganis umpama monologue disamping karekter karekter utamanya yang dua dimensi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here