Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem Winchester


(AMARAN SPOILER)

Sekali pandang pada poster filem ini seolah olah ia sama seperti sebuah filem seram yang ditayangkan di akhir Januari 2018 lepas iaitu MUSE.

Winchester kali ini telah mempertaruhkan sekali lagi elemen tipikal dalam filem seram Hollywood dan boleh dikatakan sehingga tarikh review ini dikeluarkan, telah banyak filem seram Hollywood memainkan elemen ini dalam tahun 2018 ini sahaja iaitu ā€œRumah Berhantuā€.

Cuma kali ini dan setakat ini, rumah yang ada dalam filem Winchester ini adalah rumah yang paling besar.

Diinspirasikan daripada sebuah kisah benar keluarga Winchester yang merupakan pengeluar senjata api terbesar pada zaman mereka, kisah kali ini dimulakan dengan kelibat seorang Doktor Psikiatrik yang diminta untuk merawat salah seorang daripada keluarga Winchester yang juga merupakan pemilik kepada rumah agam yang cuku besar itu. Doktor tersebut pada mulanya menolak untuk merawat akan tetapi setelah satu perbincangan diadakan oleh pihak guaman syarikat Winchester itu sendiri, akhirnya doktor tersebut telah bersetuju untuk memulakan rawatannya terhadap tuan rumah tersebut yang merupakan seorang wanita.


Setelah tiba di lokasi rumah berkenaan, doktor tadi telah diberikan penjelasan oleh penjaga rumah tersebut mengenai peraturan peraturan yang ada juga apa yang ada disekeliling rumah tersebut. Tinggal bersama ā€“ sama wanita ini tadi adalah ahli keluarganya yang juga merupakan seorang wanita bersama anaknya.

Di dalam rumah tersebut terdapat banyak bilik yang telah dibina khas untuk menempatkan semangat dan juga roh mereka yang telah terkorban akibat senjata buatan Winchester sendiri. Tambah wanita itu lagi, bilik bilik tersebut merupakan cara bagi roh untuk masuk ke alam dunia dan sekiranya mereka agak ganas dan perlu dikunci di dalam bilik tersebut, maka pintu bilik itu akan dipaku dengan 13 unit paku di pintunya.

Lama ā€“ kelamaan, doktor ini tadi sering diganggu oleh satu semangat jahat yang berdendam dengan keluarga Winchester kerana sejarah silam yang dialaminya. Dan hal ini diceritakan kepada tuan rumah tersebut. Wanita ini tadi telah menyiasat perkara tersebut dan mereka telah menemukan satu perkara yang mengejutkan dimana semua gangguan ini mempunyai kaitan dengan mimpi yang dialami oleh wanita tersebut pada malam sebelumnya dan mereka telah berusaha untuk mengekang roh tersebut daripada terus mengganas dan mengacau mereka sekeluarga.

Filem seram Winchester pada kali ini seperti mana yang dikatakan pada awal review ini tadi sebenarnya tidak lari daripada tipikal filem seram sedia ada dengan memainkan elemen ā€˜rumah hantuā€™. Unsur ā€œJump Scareā€ yang ada pada kali ini pula sebenarnya agak memberangsangkan bagi sesetengah babak namun itu ia masih lagi teknik yang biasa digunakan oleh pihak produksi bagi mana mana filem seram sama ada dari segi visual mahu pun audio.

Plot twist yang disajikan di akhir filem Winchester ini juga sebenarnya agak menarik kerana elemen itu sebenarnya telah dibocorkan pada awal filem namun tidak ia langsung tidak memberi klu kepada para penonton akan twist yang akan dilakukan itu. Visual yang digunakan juga adalah seperti kebiasaannya iaitu kelam dan sedikit gelap bagi menimbulkan unsur seram filem itu sendiri.

Secara keseluruhannya, filem ini masih sebuah filem seram yang boleh dimasukkan dalam senarai tontonan anda lebih ā€“ lebih lagi anda sememangnya peminat filem seram.

Rating : 6.5/10


Related posts

Review Filem: The Exorcist: Believer (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Creator (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Malbatt Misi BakaraĀ (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Concrete Utopia (2023)

Kakimuvee