Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem The Grinch 2018


REVIEW FILEM THE GRINCH 2018

AMARAN SPOILER !!!

Klasifikasi : P13

Genre : Animasi

Durasi : 1jam 26minit


Pelakon : Benedict Cumberbatch, Rashida Jones, Pharrell Williams, Angela Lansburry

Pengarah : Peter Candeland, Yarrow Cheney

Edaran : United International Pictures.

Krismas bakal menjelma tiba dan sudah pasti lambakan filem animasi bertemakan perayaan tersebut akan menemui penonton di pawagam. Boleh dikatakan hampir setiap minggu aka nada filem animasi baru yang bertemakan Krismas ditayangkan di layar perak dan pihak United International Pictures juga tidak ketinggalan dalam bersama untuk turut memeriahkan Krismas pada tahun ini. The Grinch pada kali ini mengisahkan tentang seorang individu yang membenci Krismas. Oleh kerana kebenciannya terhadap perayaan tersebut, beliau telah mengelakkan diri daripada bertemu orang ramai dan pergi ke pekan yang dikenali sebagai WhoVille lebih – lebih lagi sekitar perayaan Krismas.

Walaupun beliau sangat tidak menyukai pekan tersebut dan juga semangat kebenciannya terhadap Krismas yang begitu mendalam, namun penduduk pekan tersebut masih menyapa beliau sekiranya mereka terserempak antara satu sama lain di pekan.

Konflik bermula apabila beliau dimaklumkan bahawa pada tahun ini, Krismas akan disambut tiga kali lebih besar dan tiga kali lebih meriah di Pekan Whoville itu. Sepertimana yang telah diberitahu di awal ulasan ini, oleh kerana Mr Grinch ini sangat membenci Krismas, maka beliau telah merancang untuk membatalkan sambutan Krismas yang akan diadakan nanti dengan mencuri semua hiasan dan hadiah – hadiah Krismas penduduk pekan tersebut. Bersama dengan anjing peliharaan beliau iaitu Max, rancangan untuk “mencuri” Krismas itu akhirnya diteruskan.

Semasa melakukan kerja “mencuri”nya itu, Mr Grinch secara tidak sengaja telah terserempak dengan seorang kanak – kanak yang secara kebetulan telah membuat satu perangkap untuk menangkap Santa Claus dan akhirnya perangkap tersebut telah terkena kepada Mr Grinch ini tadi. Menyangka bahawa itu adalah Santa Claus yang sebenar, kanak – kanak perempuan itu telah meluahkan isi hatinya dengan harapan Santa Claus itu dapat membantunya.

Nak tahu apakah yang diluahkan oleh kanak – kanak itu tadi dan adakah rancangan “mencuri” Krismas itu berjaya dilakukan oleh Mr Grinch? Maka adalah sangat disarankan untuk anda menontonnya di panggung terdekat bersama anak – anak anda.

Sebuah filem animasi yang ringkas pada jalan ceritanya serta “cute” pada visualnya. Menggunakan latar Krismas sebagai tema kepada filem, walaupun telah banyak filem yang mengenengahkan isu “kebencian terhadap krismas” ini namun The Grinch tetap berjaya menarik ramai penonton untuk menontonnya. Menggunakan “Dr Strange” sebagai suara watak utama iaitu Mr Grinch menambahkan lagi rasa ingin menonton filem ini. (Pandai betul pancing…hahaha).

Bagi penonton dewasa, lawak yang digunakan dalam The Grinch ini mungkin agak tumpul namun bagi golongan kanak – kanak ia mampu memecahkan kesunyian dewan tayangan di sesebuah panggung wayang dengan hilai tawa mereka. Selain itu juga mesej yang ingin disampaikan juga dapat disampaikan kepada kanak – kanak dengan bantuan ibu bapa mereka.

Universal Studios menerusi saluran animasi mereka iaitu Illumination Entertainment kini sudah standing dengan gergasi animasi dunia iaitu Disney dari segi kualiti visual yang diberikan. Warna – warna yang terdapat dalam filem animasi ini juga mampu menarik minat bukan sahaja kanak – kanak, malahan jua mak ayah kepada kanak – kanak tersebut.

p/s : don’t fix the past child!!…fix the future!!

Sekian.

Rating Kakimuvee : 7/10

#Kakimuvee

#KakimuveeReview

#TheGrinch


Related posts

Review Filem: The Exorcist: Believer (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Creator (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Malbatt Misi Bakara (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Concrete Utopia (2023)

Kakimuvee