Review Filem Skyscraper

0
49
views

Dwayne ‘The Rock’ Johnson boleh diibaratkan sebagai pisang goreng panas yang enak dimakan pada waktu petang bersama-sama kopi ‘O’. Namanya semakin laris di Hollywood sehinggakan menjadi buruan para pelabur yang ingin melariskan filem mereka.

Tidak dinafikan, personaliti ‘The Rock’ yang agak mesra terhadap peminat disamping lakonannya yang bersahaja dan kadang kala mencuitkan hati menjadi faktor kepada kejayaan filem-filem lakonannya.

Selepas filem Rampage berjaya mengaut $425 juta dolar, ‘The Rock’ sekali lagi akan memberi pulangan besar kepada para pelaburnya menerusi filem terbaru beliau berjudul Skyscraper. Dalam filem kali ini, bekas pengusti WWE itu sekali lagi bekerjasama dengan pengarah Rawson Marshall Thurber selepas mereka berdua bekerjasama dalam filem Central Intelligence yang ditayangkan pada tahun 2016.

Skyscraper mengisahkan tentang Will Sawyer, bekas pasukan khas Marine dan FBI yang menjadi perunding keselamatan selepas beliau mengalami insiden yang hampir meragut nyawanya. Menyangkakan kehidupannya akan menjadi lebih senang selepas mendapat kontrak untuk merangka pelan keselamatan dan kebakaran sebuah bangunan tertinggi didunia yang digelar ‘The Pearl’, kehidupan dan keselamatan Will serta keluarganya terancam apabila dia menjadi mangsa satu rancangan jahat pengganas yang ingin mendapatkan maklumat penting yang disimpan oleh pemilik bangunan tertinggi didunia itu.

Apa yang saya perhatikan, Skyscraper dilihat cuba meniru acuan Die Hard dimana si hero perlu menyelamatkan keluarganya dan dalam masa yang sama menentang pengganas di sebuah bangunan yang tinggi. Karakter Will Sawyer juga dilihat mengambil insiparsi dari karakter karakter John McClane iaitu seorang hero yang ‘susah nak mati’ dan ‘tak kisah sakit asalkan keluarga selamat, pengganas mati’. Bagaimanapun, jika hendak dibandingkan dengan karakter John McClane agak jauh sebenarnya, Will Sawyer tidak begitu menunjukkan aksinya membelasah para pengganas, tetapi lebih menonjolkan aksi berani mati karakter tersebut memanjat dan melompat kesana kesini – not bad bagi seorang OKU. Saya percaya, jika bukan disebabkan rating PG-13, saya yakin Skyscraper akan dipenuhi dengan aksi membelasah pengganas dengan begitu ‘brutal’.

Seperti filem-filem aksi ‘The Rock’ yang lain, Skyscraper juga mempunyai aksi-aksi yang begitu tidak masuk akal. Bayangkan Will Sawyer boleh memanjat kren yang begitu tinggi dengan begitu pantas, itu belum dicampur dengan aksi lompatannya yang dipertikaikan oleh para peminat selepas melihat posternya. Will Sawyer benar-benar disuntik steroid kerana dia dilihat seperti tidak kehabisan tenaga.

Dari segi plot, ianya agak boleh dijangkakan, mendatar dan tidak mempunyai sebarang plot twist. Babak kemuncaknya juga tidak begitu menarik dan tidak mendebarkan. Segalanya bosan dan hanya boleh terhibur dengan babak aksinya sahaja. Bagaimanapun, ‘The Rock’ tetap memberikan komitmen yang cukup jitu dalam dalam lakonannya ini, tetapi lakonan Neve Campbell berjaya mencuri perhatian saya. Lakonannya sangat ‘pure’ dan menyakinkan.

Secara keseluruhannya, Skyscraper bagi saya adalah sebuah filem yang bosan dan ‘cliche’, tetapi aksinya mampu membuatkan penonton terhibur dan semestinya, ia dilakonkan ‘The Rock’ hero kegemaran ramai.

Rating Kakimuvee: 6/10

6

AKSI / THRILLER

7.0/10

MUZIK LATAR, SOUND EFFECTS

5.0/10

PLOT / CERITA ASAL

5.0/10

VISUAL / CINEMATOGRAFI

7.0/10

PEMBANGUNAN KARAKTER

6.0/10
Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here