Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem Operation Red Sea



(AMARAN SPOILER)

Sekiranya dilihat secara kasarnya, filem ini mungkin boleh dikatakan mengambil inspirasi daripada filem Hollywood yang pernah dihasilkan iaitu “Battleship”.

Dan sepertimana yang sentiasa kita lihat di layar pawagam, kehebatan ketenteraan pihak US dan Britain sering dipaparkan dan menjadi satu bahan utama dalam kebanyakkan filem yang bercorak sedemikian. Begitu juga dengan filem Operation Red Sea ini dimana kehebatan ketenteraan negara China dipertunjukkan di dalam filem ini.

Bermula dengan pencerobohan lanun di kawasan perairan China, dimana pihak lanun telah membuat satu cubaan merampas sebuah kapal perdagangan dan akhirnya berjaya diselamatkan oleh pihak tentera laut yang cekap mengambil tindakan. Hal ini kemudiannya menjadi besar apabila melibatkan negara lain dan China telah mengambil keputusan untuk mengeluarkan rakyatnya daripada negara yang sedang bergolak itu. Pihak tentera laut kemudiannya mengalami pelbagai tentangan semasa misi menyelamat dilakukan.

Semasa pendaratan dilakukan, mereka telah membahagikan tugasan tugasan mereka untuk melindungi mereka yang berada dalam keadaan bahaya. Sementara itu, pihak lanun juga telah merancang untuk melakukan serangan keatas tentera laut China yang sedang melakukan misi menyelamat rakyat mereka di Negara tersebut. Dalam pada masa yang sama, pihak lanun juga dalam misi mereka yang tersendiri untuk memperoleh sejenis bahan kimia yang sangat penting dalam pembuatan bom dan ini telah disedari oleh pihak China dan mereka juga turut menghalang daripada rampasan itu berlaku.


Filem Operation Red Sea ini merupakan sebuah filem bercorak aksi yang agak tipikal dimana mereka menggunakan segala aset ketenteraan dalam sebuah filem bagi menunjukkan kehebatan angkatan mereka. Walau bagaimanapun, tajuk filem ini sendiri hanya tinggal sekadar tajuk dan ia boleh dikatakan hanya menumpang sahaja kerana apa yang dapat digambarkan tidak mampu diterjemahkan secara visual oleh pihak produksi.

Aksi yang disajikan dalam filem ini sudah tentunya tidak mengecewakan malahan aksi yang disajikan cukup padat. Akan tetapi dengan kepadatan dan durasi masa selama hampir 2 jam adalah satu perkara yang agak berbahaya kerana ia mampu mewujudkan rasa bosan dalam kalangan penonton yang menonton filem ini. Dari segi jalan cerita juga, boleh dikatakan isi cerita ini sendiri agak longgar dan di akhirnya terdapat sedikit unsur tergesa – gesa mungkin kerana pihak produksi telah kehabisan idea untuk memperkemas penutup filem ini ataupun mereka telah kekurangan bajet bagi meneruskan penggambaran.

Secara keseluruhannya yang dapat diperhatikan adalah, filem ini masih sebuah filem aksi yang berbaloi untuk ditonton dan ia juga cukup sesuai bagi mereka yang tidak mudah bosan dengan aksi yang berpanjangan dan adakalanya berulang dari satu babak kepada satu babak yang lain.

Rating Kakimuvee : 6.5/10


Related posts

Review Filem: The Exorcist: Believer (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Creator (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Malbatt Misi Bakara (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Concrete Utopia (2023)

Kakimuvee