Review Filem: Operasi X

0
15
views

REVIEW FILEM : OPERASI X 2018
Genre : Aksi / Jenayah
Durasi : 1 jam 47 minit
Pelakon : Dato Aaron Aziz, Dato Awie, Dato Yusof Haslam, Nasir Bilal Khan
Pengarah : Sandosh Kesavran
Edaran : Dream Pictures Production

Bertemakan jenayah dan juga “kepolisan”, sebuah lagi filem tempatan menemui penonton pada November 2018 ini. Cerita dimulakan dengan aksi tembak menembak oleh sekumpulan penjenayah dan polis di sebuah perlabuhan. Mengambil masa 5 – 10 minit, akhirnya seorang anggota polis dan ketua lokasi penjenayah telah pun terbunuh. Ketua Lokasi penjenayah tersebut adalah adik kepada seorang penjenayah yang dikenali dan disegani ramai serta aktif dalam aktiviti penyeludupan haram yang dilakonkan oleh Dato Awie.

Selepas peristiwa yang dipaparkan di awal filem tersebut, Ketua Penjenayah itu tadi telah bertekad untuk membalas dendam atas kematian adiknya itu. Berlainan pula dengan kisah polis di lokasi tersebut, beliau telah mengambil keputusan untuk berhenti berkhidmat sebagai anggota polis kerana gagal menyelamatkan rakannya sendiri yang turut terkorban pada ketika itu. Setelah mengambil kira pelbagai aspek, beliau akhirnya direhatkan buat seketika dan masa rehat itu telah dimanfaatkannya dengan pulang ke kampong.

Semasa di kampungnya pula, beliau telah jatuh cinta dengan seorang gadis yang berkhidmat sebagai seorang guru di sebuah sekolah berdekatan. Dalih demi dalih kias demi kias di lakukan oleh mereka berdua akhirnya perasaan cinta itu akhirnya terluah merapatkan lagi hubungan mereka berdua.

Dalam pada itu, ketua penjenayah tadi yang dikenali sebagai Belut meneruskan rancangan beliau untuk membalas dendam atas kematian adiknya sendiri dan rancangan ini akhirnya bertemu dengan perancangan polis yang juga telah melangsungkan satu operasi untuk menangkap Geng Belut. Operasi tersebut dinamakan sebagai Operasi X.

Berjayakah ASP Redzuan menjalankan operasi tersebut dan berjayakah Belut membalas dendam atas kematian adiknya? Jawapannya ada di pawagam berhampiran anda.

Sebuah lagi filem yang bertemakan aksi menemui penonton di pawagam berhampiran November ini. Menampilkan pelakon – pelakon Gred A dengan filem Gred B sudah tentunya sesuatu yang berada di luar jangkaan para penonton. Berbekalkan sedutan “trailer” yang cukup meyakinkan sudah tentu berjaya memikat ramai penonton untuk menontonnya. Syabas diucapkan kepada unit promosi filem ini kerana kejayaan tersebut.

Namun ku sangka panas hingga ke petang namun apakan daya, hujan turun dengan lebatnya pada pukul 10 pagi membawa sehingga ke malam. Begitulah ringkasan sastera yang boleh diberikan berkenaan filem ini, “Operasi X” hanya berjaya dimuatkan dalam “screentime” kira – kira 20 minit terakhir filem ini dan selebihnya hanyalah penceritaan berkenaan kisah cinta antara watak utama bersama heroin cikgunya serta penceritaan “villain” yang pada asalnya ingin membalas dendam terhadap kematian adiknya namun seakan – akan terlupa akan tujuannya tersebut kerana sibuk dengan “kerja hakikinya” sebagai seorang ketua kepada sebuah geng penyeludup haram.

Filem ini juga turut “diserikan” dengan muzik latar yang sentiasa dimainkan tidak kira apa jua babak yang berlangsung dan perkara ini boleh meningkatkan kemungkinan untuk sesetengah penonton tertidur akibat “dodoian” lagu tersebut.

Namun begitu, lawak yang disampaikan melalui lakonan Dato Awie sebagai ketua geng penyeludup sedikit sebanyak mampu untuk memecahkan rasa sunyi dan bosan yang berlangsung sepanjang tayangan filem ini.

Secara keseluruhannya filem sebegini berkemungkinan mempunyai peminatnya yang tersendiri namun atas nama majority ia mungkin sasaran utama untuk ditonton di pawagam.

p/s : lagu latar dari mula sampai akhir membuatkan aku keliru, ni filem aksi atau muzikal?.

Rating Kakimuvee : 4/10

#Kakimuvee

#KakimuveeReview

#operasix

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here