Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem Monkey King 3


Tarikh Tayangan: 15 Februari 2018
Genre: Aksi / Pengembaraan / Fantasi
Durasi: 1 Jam 55 Minit
Edaran: TGV Pictures
Pelakon: Aaron Kwok, Feng Shaofeng, Zanilia Zhao, Lin Chi Ling, Yuen King-Tan
Pengarah: Cheang Pou Soi

(AMARAN SPOILER)

Merupakan kesinambungan daripada Monkey King 2. Perjalanan seorang sami bersama ahli kumpulannya berempat meneruskan perjalanan ke Barat untuk mendapatkan kitab suci bagi menyebarkan kasih sayang dan keamanan ke seluruh dunia. Kali ini mereka telah terperangkap di sebuah negeri yang dikenali sebagai Tanah Wanita. TanahWanita ini merupakan satu negeri yang diperintah oleh kaum wanita dan didiami oleh wanita sahaja. Mereka mempercayai bahawa menjadi lelaki merupaka satu jenayah paling berat dan sekiranya ada mana mana lelaki yang melintasi atau tinggal di negeri tersebut makan mereka akan diberikan hukuman bunuh.

Setibanya sami dan rakan – rakannya itu, mereka telah terserempak dengan seorang wanita muda yang cantik dan tanpa mereka sedari, wanita tersebut adalah Raja Permaisuri Tanah Wanita. Dalam diam juga, Permaisuri itu tadi telah jatuh cinta kepada sami tersebut. Pelbagai perkara telah mereka lalui sepanjang keberadaan mereka di sana dan mereka juga telah berusaha untuk keluar daripada Tanah Wanita tersebut yang mana jalan keluarnya sendiri tidak diketahui oleh mereka yang tinggal di negeri tersebut sehinggalah mereka menjumpai keratan Buku Agung yang telah lama hilang yang mana menjelaskan cara untuk keluar daripada negeri tersebut.

Dalam pada masa yang sama, Tanah Wanita ini mengalami satu konflik dengan Tuhan Sungai Oblivion yang terletak sebelah menyebelah antara satu sama lain. Tuhan Sungai tersebut pada asalnya telah jatuh cinta dengan seorang rakyat Tanah Wanita yang mana merupakan Puan Pengajar kepada Permaisuri. Oleh kerana tidak ingin mengabaikan tugasannya, Puan Pengajar ini yang juga turut mencinitai Tuhan Sungai itu tadi telah memutuskan untuk tidak bercinta lagi dengannya dan ini telah menimbulkan perasaan dendam Tuhan Sungai itu tadi terhadap seluruh negeri Tanah Wanita. Satu serangan daripada Tuhan Sungai Oblivion telah meranapkan hampir kesemua binaan yang ada di dalam Tanah Wanita dan sami beserta rakannya termasuklah raja monyet telah bertarung dengan Tuhan Sungai tersebut bagi menghentikan serangan dari terus berlaku.


Kisah pengembaraan sami bersama raja monyet dan rakan – rakannya yang lain merupakan satu kisah yang tidak asing lagi bagi masyarakat Cina. Tambahan lagi, sudah berpuluh produksi yang menfilemkan kisah ini dan bezanya hanyalah cara pihak produksi mengolah jalan ceritanya. Apa yang dapat dilihat dalam Monkey King 3 kali ini adalah satu perjalanan yang memuatkan permainan emosi yang agak hebat dari awal hingga akhir. Meskipun tidak mampu menitiskan airmata kesemua penonton yang menonton, namun mereka pasti akan berada dalam keadaan yang terkesan setelah menonton filem ini.

Kali ini juga pihak produksi juga memainkan begitu banyak CGI dalam filem ini. Bersesuaianlah dengan genre filem ini sendiri iaitu Fantasi. Walaupun dilihat agak ‘kekartunan’, namun ia masih lagi boleh diterima dan ia ditutup dengan jalan cerita dan mainan emosi yang dimainkan dengan cukup baik. Teknik plot yang digunakan dalam filem Monkey King 3 kali ini juga dilihat tidak memainkan plot yang mengelirukan di mana semuanya boleh dikatakan “straight – to – the – point”. Walau bagaimanapun, ada beberapa babak yang dilihat agak melompat dari satu babak ke satu babak yang lain dan ini boleh menjejaskan kesinambungan jalan cerita itu sendiri.

Secara keseluruhannya, filem Monkey King 3 ini merupakan satu filem yang agak berbaloi untuk ditonton dan mainan emosinya juga cukup hebat bagi penonton yang satu perkara yang boleh dipuji untuk pihak produksi ini adalah cara mereka melakarkan ‘persona’ cinta itu sendiri yang menampakkan ‘cinta’ itu sendiri dari pelbagai sudut.

Rating : 7/10

#Kakimuvee
#KakimuveeReview


Related posts

Review Filem: The Exorcist: Believer (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Creator (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Malbatt Misi Bakara (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Concrete Utopia (2023)

Kakimuvee