Review Filem Molly’s Game 2018

0
398
views

Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 8 Februari 2018
Genre: Biografi / Drama
Durasi: 2 Jam 20 Minit
Pelakon: Jessica Chastain, Idris Elba, Kevin Costner, Michael Cera, Jeremy Strong
Pengarah: Aaron Sorkin

(AMARAN SPOILER)

Mula ditayangkan Februari 2018, filem ini telah diadaptasi daripada sebuah kisah benar yang berlaku. Menampilkan figura wanita yang dikenali sebagai Molly Bloom yang pada asalnya merupakan atlet ski gaya bebas. Beliau terlibat dengan pelbagai pertandingan di pelbagai negara. Walau bagaimanapun, beliau terpaksa melupakan minat beliau dalam sukan ski kerana beliau telah menjalani satu pembedahan memperbetul tulang belakang beliau. Selepas pembedahan tersebut dilakukan, pihak hospital telah melarang beliau daripada terus terlibat dalam sukan ski bagi menjamin keselamatan diri beliau.

Bapanya merupakan seorang ahli psikologi dan pada satu ketika, Molly seolah – olah berdendam dengan bapanya sendiri tanpa sebab yang jelas. Dia sering memulakan pergaduhan dengan bapanya sendiri bila bila masa yang dia kehendaki.

Memikirkan keadaan beliau yang sudah tidak terlibat dalam sukan ski, dan terpaksa mencari mata pencarian yang lain. Beliau kemudiannya telah bekerja sebagai pelayan di sebuah bar. Dalam melayani tetamunya di bar tersebut, beliau telah ditemukan dengan seorang lelaki dan lelaki tersebut telah mengambilnya bekerja sebagai pembantu peribadi. Semakin lama, tugasan yang diperolehnya semakin mencabar dan sehinggalah ke satu ketika dia telah ditugaskan untuk mengendalikan satu acara pertandingan poker bagi pihak majikannya.

Bermula dari detik tersebut, hidup Molly mula berubah. Beliau mula mempelajari selok belok permainan poker dan semakin pandai dalam memerhatikan setiap pertandingan yang ada. Atas beberapa sebab, Molly kemudiannya telah dipecat oleh majikannya. Nekad untuk bangkit dari kejatuhannya itu, Molly telah menggunakan wang simpanannya untuk menyewa satu bilik hotel bagi mengadakan pertandingan poker. Menggunakan nombor telefon peserta yang terdahulu, dia telah berjaya memanggil mereka untuk menyertai perlawanan yang diadakannya. Pelbagai strategi telah dirancangan oleh Molly dalam usaha untuk memastikan supaya apa yang dilakukannya itu tidak mengalami kerugian.

Menggunakan plot penceritaan yang agak “dry”, penonton akan diceritakan dengan ‘lisan’ tentang setiap perkara yang berlaku dalam pengkisahan Molly’s Games ini. Teknik penceritaannya yang agak unik menambahkan lagi faktor ‘lain daripada yang lain’ dalam filem ini. Adalah menjadi satu BONUS kepada penonton yang mahir tentang selok belok permainan poker kerana banyak perkara teknikal dan taktikal poker diselitkan dalam filem ini. Bagi mereka tiada ilmu mengenainya, maka anda akan berasa sedikit keliru mengenai hal dan taktikal yang mereka ceritakan.

Teknik penceritaan yang digunakan agak unik, dimana terdapat sulaman di antara masa lalu dan masa sekarang dan ini menambahkan lagi rasa ingin tahu dan secara tidak langsung watak dalam kisah ini dikembangkan melalui caranya yang tersendiri. Dari segi aksi pula tidaklah menjanjikan seperti aksi dalam filem – filem yang lain kerana genre filem ini adalah sebuah filem biografi namun kita semua akan terpesona dengan aksi minda yang dilakukan oleh watak utama dalam filem ini.

Filem Molly’s Games ini betul betul mengajar para penontonnya bahawa kejayaan bukanlah sesuatu yang mudah untuk diperolehi dan erti kejayaan sebenar adalah apabila kita bangkit daripada kekalahan yang lalu dan terus berusaha tanpa berputus asa.

Rating : 7/10

#Kakimuvee
#KakimuveeReview

Molly’s Game

0.00
Molly’s Game
7

DRAMA/JENAYAH

8.0 /10

MUZIK LATAR, SOUND EFFECTS

6.0 /10

PLOT / CERITA ASAL

7.0 /10

VISUAL / CINEMATOGRAFI

7.0 /10

PEMBANGUNAN KARAKTER

7.0 /10
Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here