Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review filem King Arthur: Legend of the Sword


Ulasan filem, King Arthur: Legend of the Sword arahan Guy Ritchie.

Mengisahkan tentang seorang anak raja, Arthur (Charlie Hunnam) yang hampir dibunuh tetapi sempat diselamatkan oleh seorang pelacur di pinggir kota Britons.

Sebagai pewaris pedang Excalibur, kedatangan Arthur dinantikan oleh bapa saudaranya Raja Vortigern (Jude Law) merupakan seorang raja Britons yang kejam dan memasang niat untuk membunuh Arthur bagi mengekalkan tampuk kekuasannya.

Keseluruhan plot filem ini mengisahkan perjuangan Arthur untuk merebut kembali takhta miliknya, misi membalas dendam, dan perjuangan rakyat marhaen yang diseksa oleh raja yang zalim.

Permulaan plot cerita yang membuatkan kita sebagai penonton akan berasa teruja dan penuh dengan perasaan ingin tahu kerana elemen cliffhanger yang dirangka oleh pengarah membuatkan penonton berasa ingin tahu.

Teknologi CGI yang gempak, membuatkan filem ini tampak menarik. Tetapi pada aku, keterujaan untuk menonton filem ini menjadi kurang kerana faktor usia barangkali.

Lakonan yang penuh mantap, cuma permainan dan pembawaan emosi yang dibawa oleh pelakon kurang ‘feel’. Ada beberapa babak yang mampu memancing emosi penonton tidak digunakan sebaiknya oleh pengarah dan tentunya pelakon, kiranya tak sampai feel tu.

Keseluruhan cerita agar menghiburkan, masih berbaloi untuk ditonton bagi yang gemarkan filem-filem bertemakan sejarah dan dongeng Inggeris ini. Soundtrack filem ini power dan oh ya David Beckham ada watak cameo dalam ni, tapi adalah lebih baik kita anggap beliau hanyalah sepohon kayu.

Rating : 7/10


Related posts

Review Filem: The Exorcist: Believer (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Creator (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Malbatt Misi Bakara (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Concrete Utopia (2023)

Kakimuvee