Review Filem Kesempatan Keduda

0
61
views

Jarang sekali saya menonton filem – filem dari Indonesia yang bertemakan drama komedi. Untuk filem Indonesia, saya lebih memilih filem bergenrekan seram dan aksi, tetapi untuk bertemakan romantik komedi amat jarang sekali. Bagaimanapun saya berkesempatan menghadiri tayangan perdana Kesempatan Keduda baru-baru ini, dan apa yang boleh katakan filem arahan Awi Suryadi ini menghiburkan.

Kesempatan Keduda merupakan sebuah filem drama komedi romantik yang dibintangi pelakon seperti Raffi Ahmad, Marsha Aruan, Cut Meyriska, Bastian Steel dan Dinda Kanya Dewi. Malah Ia juga menampilkan pelakon dari negara kita iaitu Zizan Razak yang memainkan peranan utama dengan membawakan watak Ken, seorang duda.

Filem ini menceritakan tentang dua duda iaitu Abi (Raffi Ahmad) dan Ken (Zizan Razak) yang merupakan seorang sahabat baru bercerai dengan pasangan masing-masing. Abi dan Ken kemudiannya mereka berazam untuk memulakan hidup baru mereka dan mengejar cita-cita mereka sehinggalah mereka bertemu dengan dua orang wanita dari golongan elit.

Apa yang saya boleh katakan, Kesempatan Keduda yang agak chessy manakala jalan ceritanya sangat mudah untuk dijangka. Malah filem ini gagal untuk bermain emosi dengan penonton, adegan penamatnya juga tidak memberikan kegembiraan yang puas kepada penonton. Bagaimanapun, ia tidak bermakna filem ini kosong. Penulis filem ini cuba menceritakan kepada penonton akan erti persahabatan dan kejujuran. Moral yang  ditunjukkan filem ini menjadi salah satu akar yang mengenggam kuat keutuhan filem ini.

Selain itu juga, adegan lucu dari filem ini sedikit sebanyak menyelamatkan fiilem ini. Adegan komedinya boleh dikatakan agak lucu dan mampu menghiburkan penonton terutamanya saya. Mungkin kerana saya jarang melihat lawak dari Indonesia, tetapi jujur saya katakan ianya sangat kelakar. Telatah lucu yang ditunjukkan oleh Zizan Razak bagi saya tidaklah begitu mengecewakan, walaupun terdapat lawak dari Maharaja Lawak, ianya tetap mampu memberi hiburan kepada penonton.

Dalam filem ini, saya lebih suka kisah percintaan diantara Abi dan Dianti (Marsha Aruan) berbanding kisah percintaan Ken dan Syafa (Cut Meyriska). Bagi saya percintaan mereka berdua lebih romantik dan konflik mereka memberi kesan kepada penonton. Lagipun percintaan Abi dan Dianti seperti kisah romantik dalam filem-filem Korea.

Kelebihan yang terdapat dalam filem Kesempatan Keduda ialah ‘scenery’ dan reka bentuk produksinya. Sinematografinya sangat cantik, kemas dan memukau, tiada langsung kecacatan dalam setiap ‘shoot’ mereka. Rekabentuk produksinya sangat teliti manakala penampilan para watak dalam filem ini dipengerahui dari Korea. Pendek kata, pengarah Awi Suryadi menitikberatkan kecantikan dalam filemnya dengan membawa masuk pengaruh dari filem-filem romantik Korea kedalam filemnya ini.

Dalam filem ini, lakonan Zizan Razak sedikit berbeza dari lakonan dalam filem-filemnya sebelum ini. Nampak sedikit kematangan dalam lakonannya, kepetahan beliau berbahasa Indonesia juga boleh dipuji, cumanya lakonan komedinya agak klise dan sama seperti komedi-komedinya sebelum ini. Raffi Ahmad boleh dikatakan sebagai ‘Man of the Match’ dalam filem ini. Beliau berjaya membawakan watak seorang duda yang menyangi anak perempuan lebih dari segala-galanya. Perwatakan komedi beliau juga agak melucukan, mungkin kerana saya jarang menonton lawak-lawak dari Indonesia, tetapi jujur saya katakan, saya suka dengan watak Raffi Ahmad.

Secara keseluruhannya, Kesempatan Keduda tidaklah begitu mengecewakan, ia boleh dianggap filem ‘popcorn’ yang tenang dan mencuit hati. Bagi saya, filem ini kelakar, cuma jika ia memiliki jalan cerita yang begitu ‘deep’ dan baik, Kesempatan Keduda akan menjadi lebih hebat dan mampu membuat penonton menangis dan tersenyum sepertimana mereka menonton filem-filem romantik dari Korea.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here