REVIEW FILEM : I STILL SEE YOU 2018

0
55
views

REVIEW FILEM : I STILL SEE YOU 2018

AMARAN SPOILER !!!

Klasifikasi : P13

Genre : Seram

Durasi : 1j40m

Pelakon : Bella Thorne, Demot Mulroney, Richard Hamon

Pengarah : Scott Speer

Kisah dibuka dengan penceritaan tentang satu kejadian yang berlaku di sebuah negara di mana sebuah kejadian pelik telah mengambil tempat di sebuah makmal kerajaan dimana satu letupan aneh telah berlaku dan letupan tersebut telah meragut nyawa sebilangan besar penduduk bandar tersebut. Watak utama yang terdapat dalam filem ini merupakan seorang remaja yang mana turut kehilangan bapanya sendiri dalam peristiwa letupan tersebut yang dikenali sebagai “The Event”.

Setelah berlakunya “The Event” itu sendiri, bandar tersebut telah kosong dan diwartakan sebagai kawasan larangan oleh pihak kerajaan. Selain itu, peristiwa aneh yang lain turut menyusuli setelah berlakunya letupan tersebut dimana kelibat atau jelmaan penduduk yang mati akibat letupan tersebut masih dapat dilihat oleh mata kasar dan perkara ini berlaku setiap hari tanpa henti di tempat yang sama. Jelmaan ini boleh dikategorikan sebagai hantu atau lebih tepat lagi dikenali sebagai “Remnant” mengikut apa yang telah dijelaskan dalam filem ini.

Remaja tadi yang dikenali sebagai Ron walaubagaimanapun pada suatu hari telah berdepan dengan satu kejadian aneh. Beliau telah dikejutkan dengan jelmaan Remnant yang baru dalam bilik mandinya. Jelmaan tersebut tidak pernah menimbulkan dirinya sebelum ini dan peristiwa itu menimbulkan tanda tanya pada diri Ron sendiri. Bersama – sama dengan salah seorang rakan sekelasnya, Ron telah sedaya upaya untuk menyiasat kenapa dan mengapa “remnant” tersebut membuat jelmaannya pada ketika itu.

Ron bersama rakannya itu telah memberanikan diri untuk pergi ke kawasan larangan tadi demi menyiasat perkara ini dan pelbagai petunjuk telah berjaya dijumpainya. Lebih mengejutkan bahawa beliau dapat tahu bahawa nyawanya berada dalam bahaya kerana jelmaan “remnant” pada hari tersebut bertujuan untuk menyampaikan amaran berkenaan peristiwa yang akan dihadapinya yang mana boleh menyebabkan Ron terbunuh.

Nak tahu dengan lebih lanjut? Maka disyorkan anda untuk terus menonton filem ini di panggung ya!..

Konsep yang ditampilkan dalam filem ini sebenarnya boleh dikatakan agak segar berbanding filem – filem lain yang sedang ditayangkan di pawagam bersama dengannya. Diadaptasi daripada sebuah novel yang bertajuk “Break My Heart 1000 Times”, filem ini membawa penonton bersama dalam kisah misteri yang berlaku di sebuah bandar. Selain konsep yang meyakinkan, lakonan pelakonnya serta visual yang diberikan juga cukup berkesan dalam menyampaikan jalan cerita kepada penonton ditambah pula dengan twist yang disajikan di akhir penceritaan sudah tentu memberikan satu pengalaman yang menarik dalam menonton filem ini.

Penceritaannya yang unik juga mampu memberi rasa ingin tahu kepada penonton kerana penceritaannya dijalin menggunakan teknik masa kini dan imbas – kembali yang kena pada waktunya.

Kesimpulannya, dikala panggung dipenuhi filem – filem yang hanya indah di sedutan “trailer” nya, ini adalah sebuah tontonan yang berbaloi untuk semua.

p/s :: easily speaking, aku rasa ini adalah event “Thanos Snap” but in horror and more complex way…hahahaha….

Rating Kakimuvee : 7.5/10

#Kakimuvee

#KakimuveeReview

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here