Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem Gol & Gincu Vol. 2


Review Filem Gol & Gincu Vol. 2 2018

Durasi : 1j46m

Genre : Drama / Komedi

Pengarah : Umi Salwana Omar

Lakonan : Diana Danielle, Ummi Nazeera, Sharifah Amani, Sazzy Falak, Syafiq Kyle


Edaran : Red Films Sdn Bhd

Gol dan Gincu kembali menemui para peminatnya di pawagam setelah filem pertama yang telah ditayangkan pada Ogos 2005 yang lalu menjadikan jarak masanya hampir 13 tahun yang lalu. Masih mengekalkan konsep yang dilihat lebih kurang sama dengan filem pertamanya iaitu sukan dan fesyen, Gold an Gincu Vol 2 pada kali ini dilihat tampil dengan jalan cerita dan konsep yang lebih segar dan lebih berorientasikan masa kini.

Filem dibuka dengan kisah Zakiah atau dikenali dengan nama Zac yang merupakan anak kepada pasangan jutawan di Malaysia dan selalu ke luar negara. Juga menampilkan kisah Zakiah yang kedua atau dikenali sebagai Yaya yang merupakan seorang instafamous di Malaysia. Sekali dia buat live Insta boleh mencapai 240k views on the spot!!! Kau gila ke ape…hahahaha….Mereka merupakan penuntut di sebuah pusat pengajian yang baru mendaftar masuk pada hari yang sama dan secara kebetulan berada dalam bilik yang sama.

Konflik bermula apabila Yaya memuatnaik gambar Zac yang memotong barisan ketika beratur dalam sesi pendaftaran di universiti tersebut. Zac menegur Yaya kerana memuatnaik gambar tersebut dan pada detik itu juga pergaduhan mereka bermula dan perkara ini lebih mengejutkan mereka berdua apabila mereka ditempatkan dalam bilik yang sama dan perkara ini tidak berhenti disini sahaja kerana pergaduhan yang lebih besar telah terjadi di surau uni tersebut melibatkan mereka berdua dan perkara ini telah ditularkan oleh pelajar – pelajar yang ada disitu juga oleh pihak Buletin Campus. Mereka berdua akhirnya dijatuhkan hukuman oleh Dekan mereka lakonan Sherry Al Hadad iaitu dengan membuat kerja amal di sebuah rumah kebajikan.

Pelbagai perkara telah mereka berdua lalui dan pelajari sepanjang dalam usaha mereka untuk mengumpul dana bagi rumah kebajikan tersebut.

Gold an Gincu Vol 2 pada kali ini sepertimana yang telah diberitahu pada awal tadi telah tampil dengan konsep yang lebih segar sekaligus mengenepikan “tema romantik” yang ada dalam filem terdahulu. Filem dibina dengan perkembangan watak utama yang menjadi sandaran dalam filem kali ini. Bermula dengan pengenalan kisah watak, penonton dibawa kepada konflik yang berlaku dan peleraian yang terdapat dalam filem ini. Konsep komedi santai dan lebih “urban” menjadikan filem ini lebih dekat dengan golongan muda zaman kini serta penyampaian mesej lebih mudah disampaikan kepada golongan mereka yang menonton. Penggunaan tema media sosial seperti Twitter dan Instagram menjadikan ia lebih dekat dengan golongan sasar filem Gol dan Gincu vol 2 ini.

Walau bagaimanapun, ketika menonton filem ini saya merasakan penggunaan Bahasa Inggeris mendominasi keseluruhan filem dan membuahkan persoalan di minda… “Aku tengah tengok filem Melayu ke Filem English ni? Hahaha…”
Selain itu juga penggunaan teknik visualisasi yang menarik turut menyumbang kepada keterujaan semasa menonton filem ini.

Secara keseluruhannya dapatlah disimpulkan bahawa Gol dan Gincu Vol 2 ini bukan sebuah filem komedi remaja yang biasa – biasa namun ia sarat dengan mesej dan nilai murni yang sesetengah daripadanya hampir hilang pada masa kini. Dengan teknik penyampaian yang santai, jalan cerita yang ringan menjadikan filem ini mudah disampaikan kepada golongan sasar.

Kepada mereka yang masih belum menonton filem ini, silalah berbuat demikian di pawagam yang terdekat sekarang juga dan ianya sesuai untuk ditonton oleh pelbagai lapisan umur.

Beberapa orang pelakon dari Gol dan Gincu Vol 1 juga ada membuat cameo dalam Vol 2 ini serta beberapa “homage” kepada rancangan remaja suatu ketika dahulu turut dimuatkan. Nak tau apa dia… silalah tengok sendiri….hahahahah

Sekian.

Rating Kakimuvee : 7.5/10


Related posts

Review Filem: The Exorcist: Believer (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Creator (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Malbatt Misi Bakara (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Concrete Utopia (2023)

Kakimuvee