Review Filem Evil Ritual

0
21
views

AMARAN SPOILER

Sekiranya pada 2018 kita dibawa bersama sama menerokai dunia seram dalam sebuah filem yang memuja King Paimon, 2019 kita ada sebuah lagi filem yang berunsurkan seram ditambah dengan elemen satanic dan gothic tetapi kali ini memuja syaitan yang bernama Pyewacket.

Mengisahkan tentang kehidupan seorang anak tunggal yang hidup bersama ibunya setelah kematian bapanya. Sebab kematian itu tidak dijelaskan kenapa namun yang pasti ibunya sangat tertekan dengan kehidupan setelah kematian si suaminya. Si ibu kemudiannya bertekad untuk memulakan hidup baru lantas beliau membeli sebuah rumah baharu di pinggir kota dan memulakn hidup yang baharu di situ.

Tertekan dengan segala perubahan yang dilakukan oleh si ibu, anaknya telah menyimpan dendam terhadap ibunya sendiri dan ingin membunuh ibunya dengan cara melakukan satu ritual pemujaan syaitan yang dipelajarinya dalam sebuah buku. Oleh kerana dendam dan serakah yang membuak buak, dia akhirnya melakukan ritual tersebut di hutan berhampiran rumahnya itu.

Beberapa peristiwa pelik telah menghantui remaja ini tadi setelah selesai melakukan ritual tersebut termasuklah rakan beliau yang trauma setelah bermalam di rumah tersebut kerana mendakwa melihat sesuatu yang sangat menggerunkan. Menyesali perbuatannya itu, remaja ini telah mendapatkan penulis buku itu tadi dan cara bagaimana untuk membatalkan sumpahan/sihir yang telah dilakukannya.

Berjayakah remaja itu membatalkan segala apa yang telah dimulakan? Anda boleh tonton Evil Ritual di pawagam berhampiran.

Filem ini merupakan sebuah filem seram dengan unsur gothic yang pertama pada tahun ini. Dengan vibe yang agak dark dan juga slow burn mereka yang tidak meminati filem seperti ini sudah tentunya akan tertidur sepanjang tayangan.

Dan sekiranya anda adalah peminat filem hantu yang mempunyai watak hantu yang jelas dan juga kemunculan hantu yang begitu kerap untuk menakutkan penonton, filem ini bukan untuk anda kerana dalam durasi sepanjang 1jam 30minit hanya 1 babak sahaja wajah hantu ditunjukkan dan ia pula hanya sekitar beberapa saat. Elemen ketakutan yang digunakan dalam filem ini adalah melalui jalan ceritanya, muzik latar dan diadun bersama camera work nya.

Filem ini sangat sesuai ditonton oleh para remaja sekalian kerana mesej yang ingin dibawakan cukup jelas.Oh ya… Kalau anda suka dengan babak dimana salah seorang watak membakar watak yang lain hidup hidup, dalam filem ini ada babak itu untuk anda.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here