Review Filem Amazing Titanman

0
469
views

Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 22 Februari 2018
Genre: Komedi / Fiksyen Sains
Edaran: Mega Films Distribution Sdn Bhd
Pelakon: Jaguar Lim, Namewee, Mehrdad Razavi Mozart, Azman Hassan
Pengarah: Eddie Tiger

(AMARAN SPOILER)

Sekali imbas daripada “trailer” yang dikeluarkan oleh pihak produksi, tidak ubah seperti filem X – Men versi Malaysia dengan konsep komedi. Namun perkara tersebut meleset sama sekali setelah tontonan penuh dilakukan untuk filem ini. Mengambil genre sci – fi. Filem Amazing Titanman ini sebenarnya mengisahkan tentang penjelajahan satu kaum makhluk asing yang tinggal di sebuah planet di Galaksi Bima Sakti ini. Tiba di Bumi dan memilih Malaysia sebagai destinasi mereka, salah seorang daripada makhluk asing ini telah mengambil keputusan untuk menjelajah Malaysia dengan caranya sendiri.

Sementara itu, perkara ini telah sampai ke pengetahuan pihak agensi angkasa lepas iaitu NASA dan telah menghantar dua orang agen mereka ke Malaysia dan ditempatkan di Space Activity National Agency (SANA). Mereka meneruskan pencarian mereka terhadap makhluk asing tersebut demi mencapai sasaran mereka. Selain itu, ada seorang lagi saintis yang turut berminat untuk menangkap makhluk asing ini bagi tujuan penyelidikannya.

Makhluk asing tadi terus meneroka kawasan sekitar sambil mempelajari apa yang dilakukan oleh penduduk Bumi. Makhluk asing itu akhirnya mempelajari tentang perihal cinta setelah bertemu dengan salah seorang penduduk Bumi yang merupakan seorang guru tadika. Dalam diam, dia telah menyimpan perasaan terhadap wanita tersebut namun akhirnya, dia telah kecewa kerana melihat wanita tersebut keluar bersama lelaki lain. Kerana kecewa akan hal tersebut, dia telah kehilangan kuasanya dan segala apa yang telah dimilikinya melalui kuasanya.

Beberapa ketika selepas itu, pelbagai perkara telah berlaku dan ini telah menyebabkan makhluk asing tersebut pelarian di Bumi ini sendiri.

Sepertimana filem “alien” yang diterbitkan oleh Hollywod, filem “alien” terbitan produksi Malaysia ini juga tidak lari daripada penggunaan “Computer Generated Image” (CGI) yang cukup banyak dan oleh kerana itu, babak demi babak kelihatan agak ‘kekartunan’. Sepertimana filem – filem Malaysia yang telah lepas, konsep yang dizahirkan bagi mewakili idea asal pihak produksi cukup baik namun ia hancur ketika diterjemahkan ke dalam jalan ceritanya.

Walau bagaimanapun, trailer filem ini boleh dikatakan berjaya kerana berjaya menarik minat orang ramai menonton filem ini. Sekalung tahniah kepada unit pemasaran produksi filem Amazing Titanman ini.
Selain itu, muka muka baru juga boleh dikatakan agak banyak membuat penampilan mereka dalam filem ini dan mungkin kerana itu juga penghayatan pelakon dalam file mini kelihatan sedikit ‘plastik’.

Secara keseluruhannya, filem ini masih boleh ditonton sekiranya anda telah menonton seluruh filem dalam senarai tayangan.

Rating : 5/10

#Kakimuvee
#KakimuveeReview

Amazing Titanman

0.00
5

FIKSYEN/KOMEDI

5.0/10

MUZIK LATAR, SOUND EFFECTS

5.0/10

PLOT / CERITA ASAL

6.0/10

VISUAL / CINEMATOGRAFI

4.0/10

PEMBANGUNAN KARAKTER

5.0/10
Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here