Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
ArkibReview

Review Chasing The Dragon (2017)


Semasa melihat trailer Chasing The Dragon atau Chui Lung (original title), terasa dalam hati, macam gempak cerita ni. Pelakon utama Donnie Yen yang sedang menikmati puncak kerjayanya setelah berjaya di Hollywood dan Andy Lau, hero sejati industri perfileman Hong Kong. Siapa tak kenal kedua-dua tonggak utama filem ini. Donnie Yen membawa watak sebagai Ng Sai Ho, yang boleh diumpamakan Pablo Escobar Hong Kong. Manakala Andy Lau sebagai Lui Lok, seorang anggota polis korup. Lui Lok mempunyai filemnya sendiri yang diterbitkan pada tahun 1991 dan mempunyai 2 bahagian. Filem Chasing The Dragon ini merupakan remake bagi filem To Be Number 1 (1991) yang merupakan filem biopik Ng Sai Ho. 

Sinopsis ringkas filem adalah berkenaan kisah hidup Ng Sai Ho yang datang ke Hong Kong sehelai sepinggang bersama sahabat sejatinya, sama-sama berjuang menempuh hari-hari sukar demi sesuap nasi sehingga menjadi Raja Dadah di Hong Kong. Filem ini bukan straight hard crime malah ada unsur-unsur humor dimasukkan dalam celah-celah plot meringankan jalan cerita.  Terdapat unsur politikal namun tidak terlalu ditekankan. Jalan cerita cukup padat kerana penceritaan mengambil kejadian-kejadian utama yang menjadikan Ng Sai Ho sebagai Raja Dadah. Walaupun begitu, terdapat sedikit plothole dalam filem ini, namun ia tidak sampai ke tahap penonton menjadi tertanya-tanya atau meninggalkan persoalan.

 

Babak berlawan dalam filem ini lebih kepada brawl atau street fight, jadi bila aksi-aksi bergaduh yang ditonjolkan memang nampak real dan ganas. Apa yang boleh dicapai tangan itulah senjata, pernah tonton filem Young and Dangerous? aksinya lebih kurang seperti filem legend itu. Namun, bagi yang mengharapkan filem ini seperti IP-Man yang memaparkan aksi beladiri, lupakan sahaja kerana ia bukan macam IP-Man yang banyak menunjukkan urutan berlawan tangan ke tangan. Filem gangster, ada pistol, main tembak-tembak la !

Lakonan Donnie Yen memang padu. Boleh dilihat lakonannya dalam filem XXX : Return Of Xander Cage atau Star Wars : Rogue One sebagai seorang yang tenang, namun dalam filem ini lakonannya sebagai gangster begitu berkarisma dan bertenaga. Ini membuktikan kebolehan Donnie Yen sebagai pelakon yang versatil dan mampu mengalas pelbagai watak yang berbeza. Terdapat babak di mana ahli keluarga Ng Sai Ho cedera atau mati, kita boleh rasa kemarahan dan kegilaan dalam mata Donnie Yen yang ingin membalas dendam. Kehadiran watak Lui Lok adalah umpama garam yang menambahkan rasa filem ini. Tidak terlebih hingga mencuri perhatian dari watak utama dan tidak kurang untuk dilupakan.

Dari segi cinematography, ia sangat cantik dan camera movement terutamanya semasa babak babak aksi juga boleh dianggap ok dan tidak memeningkan. Cuma terdapat beberapa part yang melibatkan CGI yang agak kartun sikit, tetapi ia boleh di “cover” dengan aksi-aksi yang cukup intense.


Secara keseluruhannya, filem ini berjaya membuat penonton celik mata hingga saat akhir. tiada yang berdengkur tidur atau keluar awal, pendek kata filem ini sangat memuaskan untuk ditonton. Terdapat satu babak post kredit scene, jadi jangan keluar dahulu. Bagi peminat filem yang bertemakan gangsterisme, filem ini mungkin sesuai dengan selera anda. Kami di Kakimuvee beri 8/10

Official Trailer


Related posts

Review Filem: The Exorcist: Believer (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Creator (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Malbatt Misi Bakara (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Concrete Utopia (2023)

Kakimuvee