Reen Rahim ‘Diganggu’ Di Set Penggambaran

0
500
views
Sumber gambar: Cinema Online

Ketika sedang menjalani penggambaran drama terbitan Pena Creative Production Sdn Bhd yang berjudul Geng Tadarus, salah seorang pelakon drama berkenaan, Reen Rahim dikatakan telah dirasuk di set penggambaran drama berkenaan.

Disebabkan insiden tersebut, sesi penggambaran terpaksa ditunda beberapa jam apabila semua yang berada di situ termasuk kru produksi panik. Menurut Reen, dia hanya mengetahui mengenai insiden dirinya dirasuk selepas dia dipulihkan.

“Saya takut untuk berkongsi perkara seperti ini kerana ia membabitkan banyak pihak. Namun, apabila ia berlaku ketika bekerja, saya tidak boleh nak lari daripada membuat penjelasan. Saya tidak dirasuk seperti mana didakwa, sebaliknya terganggu kerana kurang rehat dan persekitaran.

“Badan saya memang lemah dan mudah sekali diganggu jika salah tempat atau sebab-sebab tertentu. Mungkin kerana terlalu sibuk dengan kerja yang tidak henti menyebabkan saya mudah terganggu,”

Reen kemudiaanya meminta maaf kepada semua pelakon, kru produksi, penerbit dan pengarah yang terbabit ketika kejadian itu. Ini bukan kali pertama insiden seperti ini berlaku kepadanya, kerana pelakon berusia 30 tahun ini pernah mengalami keadaan sama apabila tiba-tiba hampir pengsan di lokasi penggambaran lain.

Dalam pada itu, Reen akui insiden seperti itu sedikit sebanyak menjejaskan reputasinya sebagai pelakon, kerana pihak produksi telah meletak kepercayaan kepadanya untuk menerajui watak utama.

Dia bagaimanapun bersyukur apabila semua yang terlibat memahami dan banyak membantu dalam menyedarkannya, dan dia dapat meneruskan penggambaran selepas itu.

Sumber: Cinema Online / Harian Metro

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here