Rebecca Ferguson Akan Kembali Dalam Filem Terbaru Mission: Impossible 7

0
40
views

Aktres Rebecca Ferguson telah mengesahkan yang beliau akan kembali membawakan watak ejen Ilsa Faust dalam filem ketujuh Mission: Impossible akan datang. Beliau mendedahkan pekara tersebut ketika muncul dalam siaran ITV’s Lorraine baru-baru ini.

Ini merupakan penampilkan ketiga aktres tersebut sebagai Ilsa Faust dalam francais Mission: Impossible. Beliau sebelum ini telah membintangi Mission: Impossible – Rogue Nation (2015) dan Mission: Impossible – Fallout yang ditayangkan pada tahun lepas.

Studios Paramount Pictures telahpun mengumumkan tarikh tayangan dua filem Mission: Impossible iaitu pada 23 Julai 2021 dan 5 Ogos 2022.

Kedua-dua filem tersebut akan diarahkan oleh Christopher McQuarrie dan akan menyaksikan Tom Cruise kembali membawakan wataknya iaitu Ethan Hunt. Simon Pegg dan Ving Rhames juga dijangka akan menyertai Tom Cruise dan Rebecca Ferguson dalam filem aksi pengintipan itu akan datang.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here