Realms (2017) Review

0
233
views

Language: English
Subtitle: English / Malay / Chinese
Classification: 18sx
General Release Date: 18 Jan 2018
Genre: Horror / Mystery
Running Time: 1 Hour 30 Minutes
Distributor: Empire Film Solution
Cast: Praya Lundberg, Pitchaya Nitipaisankul, Ryan Kelley, Madison Mckinley
Director: Daric Gates
Format: 2D

Sinopsis :

Filem seram yang berlatarkan di Bangkok, Thailand ini berkisarkan selepas insiden kejar-mengejar di antara polis dan perompak yang berakhir dengan kemalangan. Dua orang perompak dan tiga tebusan mereka kemudian berlindung di sebuah rumah misteri di dalam hutan. Sebagaimana penjenayah merancang plot jenayah baru dan tebusan cuba melarikan diri, mereka mula menyedari yang rumah tersebut tidak selamat.

Review ini mengandungi spoiler !

Apabila melihat trailer filem ini, aku tidak rasa berkenan untuk menonton kerana bagi aku cerita tentang Haunted House sudah sangat cliche. Apatah lagi bila membaca sinopsis yang gagal memberi pandang pertama yang menarik.

Namun hybrid antara western dan siam ini menyebabkan aku gagah jua pergi menonton filem ini. Mungkin filem ini akan menjadi turning point kebangkitan filem seram Thailand yang semakin hilang x-factor. Aku mengaku aku sangat tidak suka menonton filem seram dan genre paling aku tak gemar. Namun filem ini gagal memberi rasa takut malahan buat aku rasa tidak puas hati dan keliru kerana apa?

  1. Filem ini 100% seperti cerita seram gred B dari Hollywood yang tiada langsung ciri-ciri cerita seram Thailand. Tiada babak gore atau hantu ngeri yang muncul sebaliknya cuma elemen jumpscare yang keterlaluan sehingga membuatkan filem ini bosan.
  2. Dalam filem ini adalah terdapat himpunan cliche semua scene dalam cerita seram. Babak budak dengan belon, babak kotak muzik dan babak menyorok bawah katil tak jumpa.

Pujian boleh diberikan dalam babak klimaks dan penutup cerita yang menjawab persoalan-persoalan yang ditimbulkan sepanjang building filem ini. Bagi aku penutup filem yang menarik.

Runut bunyi memang memainkan peranan utama dalam filem jumpscare seperti ini. Tetapi tidaklah sampai meremang bulu roma dan bila tiba-tiba senyap tiada muzik, paham-pahamlah ada benda nak sergah. boleh siap-siap tutup telinga. Lakonan para pelakon dalam filem ini kurang meyakinkan dan kurang realistik. Ada babak dewasa jadi jangan bawa budak-budak menonton filem ini.

Kesimpulannya, satu percubaan yang berani dari produksi membawa filem ini. Cuba lagi.

Rating: 4/10

Realms

Realms
4

SERAM / THRILLER

4.0/10

MUZIK LATAR, SOUND EFFECTS

4.0/10

PLOT / CERITA ASAL

4.0/10

VISUAL / CINEMATOGRAFI

5.0/10

PEMBANGUNAN KARAKTER

3.0/10
Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here