Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Reaksi Awal Filem Black Panther, Rata-Rata Pengkritik Beri Maklumbalas Positif!


Pihak Marvel Studio telah menayangkan filem Black Panther secara eksklusif di majlis tayangan perdana filem superhero berkenaan pada malam semalam di Los Angeles. Rata-rata pengkritik yang menghadiri tayangan perdana tersebut memberikan maklumbalas yang cukup positif terhadap filem terbaru Marvel ini.

Review rasmi filem Black Panther telah dikenakan embargo dan tidak akan dikeluarkan sehingga 6 Februari ini. Bagaimanapun, rata-rata pengkritik yang hadir memberi reaksi tanpa spoiler filem Black Panther. Anda boleh lihat reaksi-reaksi mereka dibawah.

https://twitter.com/Breznican/status/958240251226423296

https://twitter.com/SabinaHasNoR/status/958228399822028800

https://twitter.com/TrevellAnderson/status/958227396418707456


Black Panther diarahkan oleh Ryan Coogler dan diterbitkan oleh  Kevin Feige bersama-sama Louis D’Esposito, Victoria Alonso, Nate Moore, Jeffrey Chernov manakala Stan Lee bertindak selaku penerbit eksekutif.

Selain Chadwick Boseman yang akan membawa watak T’Challa aka Black Panther, filem ini turut dibintangi oleh Michael B. Jordan, Lupita Nyong’o, Danai Gurira, Martin Freeman, Daniel Kaluuya, Letitia Wright, Winston Duke, Angela Bassett, Forest Whitaker serta Andy Serkis.

Black Panther yang akan ditayangkan pada 15 Februari ini?


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee