Ready Player One Review

0
168
views

Bahasa: Inggeris
Sarikata: Melayu / Mandarin
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 29 Mac 2018
Genre: Fiksyen Sains
Durasi: 2 Jam 20 Minit
Pengedar: Warner Bros. Pictures
Pelakon: Tye Sheridan, Olivia Cooke, Ben Mendelsohn, T.J. Miller, Simon Pegg, Mark Rylance, Lena Waithe, Letitia Wright
Pengarah: Steven Spielberg

Sinopsis

Apabila pencipta dunia `virtual realiti` yang dipanggil OASIS meninggal dunia, dia telah meriliskan satu video yang mencabar pengguna-pengguna OASIS untuk mencari Easter Egg miliknya, yang mana sesiapa yang jumpa akan diberi harta kekayaannya. Wade Watts telah jumpa klu pertama dan memulakan perlumbaan mencari Easter Egg itu.

Ulasan

Melihat trailer bagi filem ini kita dapat melihat cameo dari pelbagai watak ikonik terkenal di dunia, sekaligus membuat saya terasa teruja dengan hasil tangan terbaru Steven Spielberg. Filem bergenre fiksyen sains ini melihat dunia 20-30 tahun akan datang yang mana dunia virtual realiti menjadi trend dan cara hidup masyarakat masa depan.

Jalan cerita filem ini ringkas tanpa apa-apa isu yang memerlukan penonton memerah otak mencari jalan penyelesaian. 20 minit pertama watak utama memberi taklimat ringkas kepada kita berkenaan dunia semasa, tokoh terkenal, ‘Oasis’ dan gaya hidup terkini. Boleh dikatakan terdapat dua alam yang pertama adalah realiti yang kosong, tawar dan tumpul yang kedua di alam virtual yang penuh warna, aksi dan pengembaraan. Kurangnya pendedahan dengan cuma maklumat yang diberikan oleh watak utama pada awal filem menyebabkan bagi saya latar belakang dunia filem Ready Player One ini tergantung. Kenapa virtual realiti boleh jadi trend? Adakah kebergantungan untuk mencari duit? Tidak dinyatakan.

Pembangunan karakter juga agak mudah dan tidak banyak yang diketahui tentang watak-watak kerana kebanyakan masa mereka dive in dalam dunia virtual. Terdapat beberapa babak yang emosional yang saya kira janggal seperti ketika pencipta Oasis mati, dan ketika watak utama menangis selepas babak dalam game.

Transisi kamera sangat menarik dalam filem ini. Pertukaran babak antara virtual dan realiti sangat menarik. Aksi juga sangat padat seperti ketika perlumbaan kereta pergerakan kamera seolah olah tidak berhenti merakam dan kita dapat lihat impak yang menarik semasa babak berkenaan berlaku. Peperangan besar antara para pemain menentang I.O.I juga tidak serabut. Malahan kita dengan jelas dapat melihat setiap aksi yang berlaku ketika perang itu berlaku.

Untuk audio efek dan skor muzik, timing yang digunakan adalah menarik menambahkan lagi kesenian sinematografi yang berlangsung di dunia virtual. Referens, cameo dan petunjuk dari filem lain adalah sangat padu. Dikhabarkan lebih kurang 3 tahun diperlukan bagi mendapatkan kebenaran menggunakan karakter karakter berkenaan. Dapat tengok Gundam versus Mechazilla.

Secar keseluruhannya ini adalah filem sains fiksyen yang penuh aksi di dunia virtual dan hambar di dunia nyata. Para peminat permainan sama ada komputer atau konsol, para peminat manga dan anime pasti meminati filem ini.

Rating : 8.0

Ready Player One

Ready Player One
8.1

SAINS FIKSYEN / AKSI

8.0 /10

MUZIK LATAR, SOUND EFFECTS

8.0 /10

PLOT / CERITA ASAL

8.0 /10

VISUAL / CINEMATOGRAFI

9.0 /10

PEMBANGUNAN KARAKTER

7.5 /10
Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here