Raysha Rizrose Tidak Heran Dengan Kritikan Netizen

0
693
views

raysha-rizrose

Pelakon dan pengacara Raysha Rizrose, 19, telah dihujani kecaman dan kritikan netizan gara-gara gambarnya yang berpakaian seksi sewaktu menghadiri Anugerah Skrin 2016 (ASK2016) baru-baru ini.

Walaubagaimanapun dia mengakui tidak terkesan dengan kecaman yang diterima malah sinikal dengan apa yang diperkatakan oleh mereka.

Menurut Raysha komen-komen yang dilontarkan kepadanya dirasakan kelakar padahal mereka tidak tahu perkara sebenar.

“Terus-terang, geli hati pula membaca komen mengenai gambar saya yang dimuat naik kakak saya, Nelydia di Instagram. Terutama komen yang cuba menasihati saya dan sebagainya.

“Ramai juga yang mengatakan saya tidak memakai coli padahal saya pakai. Cuma baju itu memang begitu potongannya kerana kainnya tebal dan kalau saya pakai coli atau tak, ia tetap akan kelihatan begitu.

raysha-1

“Baju itu pun pilihan kedua kerana gaun yang patut saya gayakan rupanya agak sempit. Maka, saya terpaksa pilih gaun terbabit di saat akhir,” katanya.

Terdahulu, fotonya bersama Nelydia menarik perhatian ramai kerana dikatakan terlalu seksi. Pelbagai kecaman dilemparkan netizen dilaman sosialnya sehingga Nelydia menyahaktif ruangan itu.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here