Rating Incredibles 2 Dari Laman Web Rotten Tomatoes Telah Didedahkan Dan Ia Sangat Memberangsangkan

0
88
views

Embargo review filem animasi terbitan Pixar Animation Studios, Incredibles 2 telahpun tamat semalam. Sehingga kini, rating yang diterima oleh filem tersebut agak memberangsangkan apabila berjaya mendapat markah 96% dari laman pengkritik filem Rottentomatoes. Dari 50 review dari laman berkenaan, hanya 2 sahaja yang melabelkan filem ini sebagai ‘rotten’.

Rating filem berkenaan dijangka akan berubah apabila pengkritik dari UK mengeluarkan review masing-masing. Incredibles 2 akan mula ditayangkan di negara tersebut pada Julai nanti.

Filem Incredibles 2 antara filem yang paling dinanti-nantikan ‘kaki-kaki’ wayang seluruh dunia selepas mereka menunggu lebih sedekad sambungan filem animasi ini. Filem pertama, The Incredibles yang ditayangkan pada tahun 2004 telah mendapat sambutan yang sangat mengalakkan apabila berjaya mengutip $633 juta seluruh dunia serta mendapat rating 97% dari laman Rottentomatoes dan 8/10 dari laman IMDb

Incredibles 2 bakal menemui penonton di Malaysia pada 14 Jun ini.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here