Rampage Kuasai Carta Box Office

0
169
views

Walaupun gagal menepati ramalam kutipan tiket minggu pertama, filem terbaru lakonan Dwayne ‘The Rock’ Johnson berjudul Rampage berjaya menduduki tangga pertama carta kutipan Box Office domestik US minggu lepas.

Filem arahan Brad Peyton yang diadaptasikan dari permainan arcade Rampage hanya mampu mengutip $2.4 juta pada tayangan previu malam Khamis dan tetapi berjaya mengumpul $34.5juta pada minggu pertama, kurang $0.5 juta dari sasaran kutipan. Untuk pasaran antarabangsa, Rampage berjaya mengaut $114 juta dolar menjadikan jumlah keseluruhan kutipan mencecah $148.6 juta.

Sementara itu, filem seram arahan John Krasinski berjudul A Quiet Place menduduki tangga kedua carta Box Office domestik US dengan kutipan sebanyak $32.6 juta. Kini selepas 10 hari ditayangkan, filem tersebut telah mengumpul hampir $100 juta dolar. A Quiet Place dihasilkan dengan modal hanya $17 juta dolar dan ia John Kransinki turut menjadi teraju utama filem ini bersama-sama isterinya Emily Blunt.

Ditangga ketiga carta box office domestik US diisi oleh filem terbaru dari studio Blumhouse berjudul Truth or Dare. Filem arahan Jeff Wadlow itu hanya bermodalkan $5 juta dolar dan tayangan minggu pertama filem berkenaan telah berjaya mengutip $19.1 juta dolar.

Berikut adalah senarai kutipan 10 filem berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Box Office Mojo:-

1. Rampage $34.5 Juta
2. A Quiet Place $32.6 Juta
3. Truth or Dare $19.1 Juta
4. Ready Player One $11.2 Juta
5. Blockers $10.3 Juta
6. Black Panther $5.3 Juta
7. Isle of Dogs $5 Juta
8. I Can Only Imagine $3.8 Juta
9. Tyler Perry’s Acrimony $3.7 Juta
10. Chappaquiddick $3 Juta

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here