Rami Malek Dan Sam Esmail Bekerjasama Dalam Filem American Radical

0
28
views

Menurut laporan dari Deadline (via Comingsoon.net), bekas pemenang anugerah Emmy, Rami Malek dan pencipta siri televisyen Mr. Robot, Sam Esmail bekerjasama dalam filem terbitan Universal Pictures berjudul American Radical.

Filem tersebut diadaptasikan dari buku American Radical: Inside the World of an Undercover Muslim FBI Agent  karya Tamer Elnoury dan Kevin Maurer.

Buku tersebut mengisahkan Elnoury, seorang ejen risikan FBI dan seorang beragama Islam yang menyertai unit anti-pengganas selepas kejadian 11 September, tragedi hitam yang melanda US apabila diserang pengganas. Dalam buku tersebut, dia menceritakan pengalamannya menyusup masuk ke organisasi penganas dengan tujuan untuk mengorek maklumat dan menumpaskan mereka.

Filem American Radical akan diarahkan oleh Sam Esmail dan Rami Malek akan bertindak selaku penerbit. Dilaporkan juga, filem ini dalam peringkat pembangunan dan sedang memilih penulis lakonlayar.

Rami Malek bakal muncul dalam filem Bohemian Rhapsody, filem biografi mengenai penyanyi terkenal Queen, Freddie Mercury manakala Sam Esmail dijangka akan kembali dalam terlibat dalam pembikinan siri televisyen Mr. Robot musim keempat.

Setakat ini tiada tarikh rasmi mengenai filem American Radical diumumkan.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here