Raja Ilya Telah Mendapat Skrip Untuk Filem Marvel

Sumber Gambar: www.lipstiq.com

Aktres tempatan, Raja Ilya mendedahkan bahawa beliau telahpun menerima skrip untuk filem Marvel yang bakal dibintangi olehnya tidak lama lagi. Namun beliau tidak mahu mendedahkan secara terperinci mengenai skrip tersebut kepada umum buat masa ini.

Beliau memberitahu kepada wartawan bahawa tujuannya tidak mendedahkan maklumat lanjut mengenai skrip tersebut kepada umum disebabkan perjanjian yang telah dibuat olehnya dengan Marvel Studios. Malah hanya studio terbabit yang akan mendedahkan sendiri apakah tajuk filem tersebut kepada peminat nanti.

Sebelum ini, terdapat beberapa portal hiburan mendakwa Raja Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad hanya propa’ sahaja mengenai tawaran berlakon filem Hollywood kerana mahukan publisiti. Namun kenyataaan portal terbabit dinafikan oleh Raja Ilya sendiri.

Loading...

Malah Raja Ilya juga tidak mahu mengambil pusing dengan gosip-gosip yang disebarkan oleh portal berkenaan kerana dia percaya nanti pihak tersebut akan malu sendiri selepas pihak produksi Marvel Studios membuat pengumuman.

Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai persiapannya untuk menjayakan filem itu pada Januari tahun depan, dia memberitahu telah mengeluarkan belanja besar dan menganggapnya sebagai satu pelaburan demi mencipta nama di peringkat antarabangsa.

“Modal yang saya keluarkan daripada wang simpanan saya sendiri itu saya ingin gunakan untuk membeli tiket kapal terbang, perbelanjaan harian selain menempah bilik hotel sepanjang berada di sana.

“Saya tidak rasa ia satu pembaziran pun kerana itu adalah pelaburan yang saya lakukan untuk mencipta nama di luar negara,” – Raja Ilya

Pada masa sama dia juga akan mengambil peluang untuk menghadiri sesi uji bakat lakonan di Los Angeles bagi mencuba nasib sekiranya dia mempunyai masa terluang nanti.

Sumber: Cinema Online / mStar

Post Author: Kakimuvee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *