Raja Farah Dan Iskandar Ismail Bernikah Hari Ini

0
490
views
sumber: Eddie PhotoVideo
sumber: Eddie PhotoVideo

Pelakon dan pengacara Raja Farah telah selamat diijabkabulkan dengan pasanganya yang juga merupakan ahli perniagaan, Iskandar Ismail di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Selangor hari ini.

Majlis pernikahan mereka berlangsung sederhana tetapi meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan sahabat handai. Pernikahan mereka ini sememangnya mengejutkan ramai pihak memandangkan Raja Farah baru berpisah dengan bekas suaminya.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan Raja Aziz Raja Ngah dengan disaksikan oleh Pendaftar Pernikahan, Penceraian dan Rujuk, Muhammad Ariffin Mohd Dalhal.

Raja Farah atau nama sebenarnya Raja Farah Raja Aziz, 27, menerima mas kahwin berupa tiga dinar emas manakala wang hantaran dirahsiakan.

Sementara itu, majlis resepsi mereka akan diadakan pada 13 September di Hotel De Palma, Ampang.

Apapun, tahniah diucapkan kepada Raja Farah dan Iskandar Ismail diatas pernikahan mereka. Semoga mereka dilimpahi rezeki dan hubungan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here