Raja Farah Bernikah 6 September ini

0
208
views

raja-farah1

Pelakon dan model Raja Farah Binti Raja Aziz akan melangsungkan majlis pernikahan mereka pada 6 September ini di sebuah masjid di Bukit Jelutong. Bekas pelakon filem Haq dan Romance ini telah pun bertunang dengan pasangannya baru-baru ini.

Ini merupakan perkahwinan kedua beliau kerana beliau pernah berkahwin dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria pada 2010 namun jodoh mereka berakhir pada 25 Mei lalu.

Buat masa ini Raja Farah masih lagi belum memperkenalkan bakal suaminya, dan hanya akan didedahkan pada majlis pernikahan itu nanti.

Raja Farah sempat berkongsi pengalaman beliau apabila dilamar bakal suaminya itu.

“Saya letakkan batas antara kami. Saya jual mahal dahulu. Saya wujudkan kesukaran untuk dia kenal saya kerana saya baharu saja berpisah dengan bekas suami. Tapi sikap tidak putus asa memang tak ada dalam hidupnya. Dia tetap berusaha lagi dan lagi untuk kenal saya”

“Tanpa diduga dia beranikan diri untuk menghubungi saya dan meluahkan hasrat untuk kenal saya lebih rapat lagi,” – Raja Farah

Apa pun tahniah kita ucapkan kepada Raja Farah dan sama-samalah kita doakan agar majlis berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan.

sumber: BH Online

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here