Rahim Sepahtu Nafi Pukul Isteri

0
268
views
Rahim (tengah) bersama kumpulan Sepahtu dalam rancanga Maharaja Lawak Mega
Rahim (tengah) bersama kumpulan Sepahtu dalam rancangan Maharaja Lawak Mega

Pelawak dan juga pelakon, Rahim Mat Ali, 45, dikatakan telah memukul isterinya dalam kejadian di kediaman mereka di Shah Alam, awal pagi semalam.

Bagaimanapun beliau menafikan dakwaan itu tetapi mengakui ada berlaku pertengkaran dengan isterinya yang berusia 38, tetapi tidak sampai ke tahap memukul atau mencederakannya.

“Memang kami ada bertengkar. Biasalah kehidupan suami isteri memang begitu, tapi saya tak pukul (isteri).
“Saya pun baru tahu hal ini dan terkejut juga apabila mendengarnya. Saya rasa ini hanyalah khabar angin. Masalah di antara kami sudah pun selesai,”

Berita tersebut tersebar apabila  Rahim dikatakan memukul isterinya di muka, kepala dan bahu selain turut menendang belakang badan dan punggung isterinya itu kerana tidak berpuas hati dengan tindakan wanita itu keluar rumah tanpa kebenarannya.

Rahim Mat Ali merupakan bekas anggota Sepahtu dan R2 dan dikenali sebagai Rahim Sepahtu. Beliau aktif melibatkan diri dalam rancangan-rancangan lawak seperti Maharaja Lawak Mega. Beliau juga turut terlibat dalam beberapa filem dan telefilem antaranya Lagenda Budak Hostel dan telefilem Oh My English! Villa Isabellaaa!

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here