Radhi Khalid Perlukan RM2 Juta Untuk Filemnya Raju Raja

0
535
views

Pengarah Radhi Khalid memberitahu dia memerlukan dana sebanyak RM2 juta untuk merealisasikan filem sulung arahannya berjudul, “Raju Raja”, yang sudah tertangguh selama lima tahun.

Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhieddeen Abd Khalid bagaimanapun enggan berputus asa dan akan berusaha untuk memastikan filem terbitan syarikatnya, Radhikal Films akan ditayangkan di pawagam kelak.

“Persiapan skrip dan pra-produksi sudah siap, cuma penggambaran sahaja masih tergendala kerana memerlukan dana sebanyak RM2 juta.”

“Tambahan pula filem ini bukan sahaja menggunakan pelakon tempatan, tetapi daripada India dan ia sudah tentu memerlukan belanja yang besar,” katanya yang dipetik dari mStar.

Berikutan itu, pengarah berusia 53 tahun ini nekad akan mencari penaja untuk menyiapkan filem itu.

Bercerita lanjut mengenai filem tersebut, Radhi berkata dia telah membuat rombakan semula skrip asal supaya jalan cerita yang ditampilkan relevan dengan peredaran zaman.

Selain menunggu masa untuk mengarah filem, Radhi juga sibuk dengan kerja-kerja penerbitan dokumentari, iklan dan drama syarikatnya.

Sementara itu, Radhi juga berkata dia bakal muncul dengan dua buah filem terbaru lakonannya iaitu “Misi Operasi X” arahan Zulkeflie M. Osman dan “Filem Orang Itu” arahan Ida Nerina

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here