Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Que Haidar Nafi Sombong, Hanya Selektif Menerima Tawaran Berlakon


Pelakon Que Haidar menyangkal dakwaan kononnya dia semakin bongkak apabila sering menolak tawaran-tawaran berlakon yang diberi kepadanya.

Disebabkan sudah lama tidak muncul di layar perak atau kaca televisyen, ramai yang menyangka dia sudah bersara dari dunia lakonan, tetapi Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar berkata dia masih lagi aktif berlakon cuma dia selektif demi kepuasan berlakon.

“Hanya orang yang terdekat dan mereka yang berada dalam industri tahu berapa banyak tawaran lakonan yang saya tolak demi mencari kepuasan diri. Bukan bermaksud saya menyombong atau meninggi diri, sebaliknya saya sentiasa mencari,” ujarnya yang dipetik dari BH Online.

Pelakon Ophilia pada masa sama tidak merasakan dirinya sudah tidak laku, sebaliknya dia bersyukur kerana masih mempunyai rezeki lain menerusi perniagaan pakaian yang diusahakannya sejak tujuh tahun lalu.

Que menjual pakaian rekaan eksklusif dan terhad di sebuah pusat beli-belah di Bangsar sepanjang bulan Ramadan.


Sementara itu, dia juga dalam perancangan untuk melebarkan perniagaannya dengan membuka sebuah lagi gerai di Angsana, Johor Bahru, khas untuk pelanggan di Johor dan Singapura.

Sumber: Cinema Online


Related posts

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee

Sepahtu Reunion Live Tour Tawan Johor Bahru Oktober Ini

Kakimuvee

WALID Angkat Isu Penculikan Kanak-Kanak, Sarat Dengan Aksi Seni Mempertahankan Diri Silat

Kakimuvee