Que Haidar Masih Aktif Berlakon Tetapi Selektif

0
334
views

Pelakon filem Rock dan Ophilia, Que Haidar mendedahkan dirinya masih lagi aktif berlakon walaupun jarang melihat penampilannya di layar perak mahupun dikaca televisyen.

Menurut aktor tersebut, beliau bersikap selektif dan berhati-hati dalam menerima tawaran berlakon. Disebabkan itu, kelibat jarang dapat ditonton oleh peminat dan pengemar wayang. Que juga berkata, beliau akan meneliti terlebih dahulu skrip yang diterima dan memahami watak yang ditawarkan kepadanya samada sesuai dengannya ataupun tidak.

“Saya suka dengan watak yang memaparkan kehidupan sebenar manusia. Maknanya sesuatu yang menggambarkan realiti kehidupan manusia. Bagi saya sebagai seorang pelakon saya ada tanggungjawab buat masyarakat jadi saya mahu melalui lakonan ini secara tidak langsung memberi impak kepada penonton,” Que Haidar, Utusan Online.

Que berkata bukan selalu dia menolak tawaran berlakon kerana skrip tidak bagus, tetapi ada juga dia terpaksa menolak kerana merasakan dirinya tidak mampu menggalas tanggungjawab itu.

Terbaru, selepas hampir tiga tahun tidak berlakon, Que kembali membuat penampilan menerusi telefilem berjudul Malek yang mana rata-rata penonton berpuas hati dan terubat rindu mereka untuk melihat aktor itu di hadapan kamera.

Sumber: Cinema Online

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here