Qhaliq Undur Diri, Beri Peluang Kepada Filem Dukun

0
202
views
Sumber gambar: Astro Gempak

Filem Qhaliq yang sepatutnya ditayangkan semalam, serentak dengan filem Dukun akhirnya mengundur diri bagi memberi laluan kepada filem Dukun terlebih dahulu.

Pengarah dan produser, Ahmad Idham Nadzri sendiri telah membuat permohonan penangguhan tayangan filem terbaharu edaran syarikat Aifa Motion Pictures itu kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan Jawatankuasa Wajib Tayang dan telah pun diluluskan.

“Saya sudah mendapat persetujuan daripada Ketua Pengarah Finas, Datuk Fauzi Ayob dan jawatan kuasa Wajib Tayangan,” katanya ringkas.

Tambahnya Ahmad Idham, 45, penarikan filem itu bukan kerana takut untuk bersaing tetapi tidak mahu budaya membenarkan dua tayangan filem tempatan serentak yang boleh menyebabkan kerugian kepada penerbit filem tempatan pada masa depan.

“Bukan isu takut bro…Kita sedia maklum yang Dukun, filem Astro yang mempunyai bajet promosi besar dan kita tak perlu pun berlaga sebab banyak lagi tarikh kosong. Jadi untuk membuktikan pada semua yang kita sesama industri tolak ansur, bagilah Dukun sepenuhnya panggung. Kalau tak, pawagam pun problem.

Susulan penarikan filem Qhaliq ini di pawagam, satu tarikh lain akan diumumkan kelak sebaik sahaja selesai tayangan filem Dukun selesai.

Qhaliq menampilkan Hairul Azreen sebagai Qhaliq yang bercita-cita untuk menjadi seorang anggota Bomba walaupun impiannya itu ditentang oleh keluarga. Filem ini turut dibarisi oleh Aliff Yasraff, Nur Risteena Munim, Ahmad Idham, Syainie Aida dan ramai lagi.

Sumber: Sinar Online

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here