Qhaliq Hanya Mampu Raih RM14 Ribu Sahaja

0
70
views

Filem arahan Rosli Mohd Taib dan terbitan syarikat produksi AIFA Motion Pictures, Qhaliq hanya mampu meraih RM14 ribu sahaja. Lebih malang, filem tersebut hanya mampu bertahan di pawagam selama seminggu sahaja sebelum ia ditarik keluar dari jadual tayangan oleh pengusaha panggung kerana tidak mendapat sambutan.

Setakat ini, filem KL Special Force masih mengungguli tangga teratas kutipan filem tempatan apabila berjaya meraih lebih RM 12 juta. Manakala filem Dukun berada dikedudukan kedua dengan kutipan RM6.2 juta manakala Lee Chong Wei – Rise of the Legend berada dikedudukan ketiga dengan kutipan sebanyak RM4.7 juta.

Filem yang baru ditayangkan, This is Pilah kini sedang mengumpu kutipan sebanyak RM45 ribu manakala filem Mandarin, Blue Tears kini sedang mengutip sebanyak RM20 ribu.

Berikut adalah kutipan terkini filem-filem tempatan sehingga 2 Julai 2018

KL Special Force – RM 12.2 juta
Dukun – RM 6.2 juta (TIDAK RASMI)
Lee Chong Wei – RM 4.7 Juta
A House of Happiness – RM 1.59 juta
Villavan – RM 194,484
Million Loves in Me – RM 183,337
Makrifat Cinta – RM 138,686
Bukan Cinta Malaikat – RM 127,940
Best Story – RM 123,077
Badang – RM 93,496
Amazing Titanman – RM 92,634
Get Hard – RM 89,834
Hantu Wangan – 89,420.70
Shun Pong O – RM 73,266
Busker – RM 68,739
Surf This Love – RM 47,724
This Is Pilah – RM 45,843
Sughamaai – RM 44,409
Blue Tears – RM 20,128
33KM From KL – 18,779
Qhaliq – RM 14,196
Impermanence – RM 9,313
Enjin No. 9 – 7,566.17
Bidong The Boat People – RM 3,536

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here